superior female | betina bermutu | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan yang dipilih dalam kalangan haiwan betina untuk dijadikan pembaka. Pemilihan haiwan betina bermutu ini perlu memenuhi ciri yang diinginkan seperti mempunyai rekod pengeluaran susu, telur dan daging yang tinggi, berkebolehan menjadi ibu yang baik serta mudah melahirkan anak. |
combining ability | kemampuan bergabung | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kemampuan gen daripada induk jantan dan betina untuk bergabung semasa proses persenyawaan bagi menghasilkan anak yang bermutu. Kemampuan bergabung menghasilkan anak yang bermutu kesan daripada gen dominan. |
classic | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Kategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional. |
Axminster carpet | permaidani Axminster | Kesenian | Hiasan Dalaman | Permaidani mewah dan bermutu tinggi, yang pembuatannya diasaskan sekitar tahun 1700 di Axminster, England. Pail diikat pada jerami yang keras atau gentian sintetik yang merentangi kelebaran permaidani. Pail terbentuk daripada yarn yang dipotong dan ditenun dengan gabungan warna corak flora atau geometri. |
canon | kanun | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut. |
peacock chair | kerusi merak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kerusi daripada anyaman rotan bermutu tinggi yang mempunyai tempat bersandar yang lebar, tinggi dan dihias secara berlebih-lebihan. Kerusi ini sesuai digunakan sebagai kerusi untuk tetamu jemputan dan menjadi daya tarikan atau tumpuan dalam sesuatu majlis. |
overspray | semburan lampau | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Semburan cat secara berlebihan yang menyebabkan pembentukan lapisan cat yang tebal dan bermutu rendah. |
jingle | jingel | Kesusasteraan | Tiada | Rangkap beritma yang berulang-ulang dalam puisi seperti ritma timbangan. Jingel dianggap sebagai puisi yang kurang bermutu. Kini, jingel digunakan sebagai salah satu bentuk pengiklanan menjual produk. |
quality assessment | penilaian kualiti | Herba | Pemiawaian | Kaedah yang digunakan untuk memastikan sesuatu herba, ekstrak atau produk herba selamat untuk digunakan dan bermutu tinggi. Bahan yang dinilai perlu mengandungi sebatian kimia piawai yang tepat. Penilaian kualiti melibatkan beberapa proses, antaranya amalan pertanian baik, amalan makmal baik dan amalan pengilangan baik. |
passive-aggressive behaviour | tingkah laku pasif-agresif | Perubatan | Psikiatri | Perlakuan yang pasif, seperti menangguh atau melengah-lengahkan kerja, degil, sengaja menghasilkan kerja yang kurang bermutu atau berpura-pura lupa berserta perbuatan suka mengkritik pihak atasan. |