Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.na.da] | برنادا

Definisi : mempunyai (membawa, menunjuk­kan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nada (kata nama)
Bersinonim dengan bunyi suara, rentak, irama, tinggi rendah suara, intonasi lagu, melodi;,
Kata Terbitan : bernada,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bluesbluesKesusasteraanTiadaLagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka.
wheezeronkusKejururawatanTiadaBunyi pernafasan yang bernada rendah yang terhasil akibat penyempitan bronkial seperti yang berlaku dalam asma.
old comedykomedi lamaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang bercirikan kepestaan, bernada lucu dan lucah. Drama ini muncul di Athens pada kurun ke-15, mempersendakan individu yang masih hidup dalam bentuk satira topikal menggunakan korus bertopeng dan berkostum yang menggerunkan. Drama ini berkembang daripada persembahan dan upacara meningkatkan kesuburan alam dan manusia bagi mengingati Dewa Dionysius. Aristophanes merupakan penulis komedi lama yang masyhur. Antara karyanya yang terkenal ialah The Clouds, The Knights, dan The Frogs. Banding komedi baru.
balladbaladaKesusasteraanPuisiSajak, puisi, kisah atau cerita tentang sesuatu atau seseorang tokoh yang lazimnya bernada romantis dan sentimental. Pada asalnya balada diciptakan untuk dinyanyikan sebagai hiburan. Balada terbentuk daripada rangkap atau bait dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris seperti pantun atau syair. Walau bagaimanapun rima akhirnya berbentuk a b c b.
measureukuran malraKesusasteraanPuisiSusunan perkataan yang berirama dan mempunyai rima dalam sesebuah puisi. Ukuran ini dikenali sebagai kaki matra atau kaki sajak. Irama yang terbina itu lazimnya mempunyai pola tetap yang wujud disebabkan adanya pertentangan antara suku kata yang panjang dengan yang pendek atau antara suku kata yang bernada tinggi dengan suku kata yang bernada rendah.
heptametresaptamatraKesusasteraanPuisiPuisi yang mempunyai irama berpola tetap dan berpola tujuh matra. Pola ini dapat dikesan pada sesebuah puisi terutama apabila dideklamasikan antara suku kata yang panjang dan pendek atau suku kata yang bernada tinggi dan rendah. Contohnya, puisi "Tak-tak-tun" karya A. Ghafar Ibrahim.
choruskorusKesusasteraanPuisiPaduan suara ramai penyanyi yang berperanan sebagai suara latar atau suara pengimbang kepada suara penyanyi solo, Contohnya, dalam penyampaian lagu nasyid, korus sering ditampilkan. Korus juga boleh disampaikan tanpa penyanyi solo. Contohnya, dalam menyampaikan lagu yang bernada patriotik, supaya menjadi lebih bersemangat.
melancholysayuKesusasteraanPuisiNada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina.
authorial omniscient voicesuara pengarang serba tahuKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang digunakan dalam novel untuk merujuk kepada suara pengisah yang tahu serba-serbi tentang cerita yang dikisahkan. Oleh sebab kedudukannya yang serba tahu, maka sesuatu yang diperkatakan sama ada ulasannya tentang watak ataupun pandangannya terhadap cerita secara keseluruhannya dianggap sebagai maklumat yang benar dan berwibawa. Suara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat biasanya jarang bernada intim tetapi lebih bersifat autoritatif. Istilah ini dicipta oleh John Gardener. Lihat juga pnegisahan bermediasi, pengisah ketara, pengisah saksi, pengisah utama.

Kembali ke atas