Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.nga.ruh] | برڤڠاروه

Definisi : mempunyai pengaruh, berkua­sa: Dato’ Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.nga.ruh] | برڤڠاروه

Definisi : ada pengaruhnya; berkuasa: Beliau memang ~ di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,

Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impresionismimpresionismeKesusasteraanTiadaGaya penulisan sastera atau persepsi penulis yang dipaparkan dengan jelas pada plot dan watak dalam cerita. Gaya ini mula mendapat perhatian dan berpengaruh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setiap lakaran penulis dibuat dengan terperinci, terutamanya apabila penulis ingin menggambarkan sesuatu watak di sesuatu tempat dan masa. Lakaran terperinci ini amat berbeza berbanding dengan gambaran objektif seseorang pemerhti yang kurang berminat dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Impresionisme dipinjamkan daripada dunia seni lukisan yang merujuk kepada suatu gaya melukis yang mula berpengaruh di Perancis pada pertengahan abad ke-19. Antara pelukis Barat yang terkenal mengamalkan gaya ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Edgar Degas dan Pierre Auguste Renoir. Ciri ketara dalam lukisan mereka ialah gaya mewujudkan sesuatu kesan ke atas benda lain, seperti memberikan penekanan kepada kesan cahaya ke atas objek yang dilukis. Hasilnya ialah suatu seni lukisan yang amat berbeza daripada lukisan yang dibuat dari sudut pandangan yang objektif. Fiksyen impresionistik bermula sebagai reaksi segolongan penulis ke atas gambaran kaku dan objektif dalam karya penulis naturalistik. Penekanan penulis naturalistik adalah melaui gambaran pengalaman yang dilalui oleh ahli masyarakat yang dilihat dari sudut yang objektif dan bukannya pengalaman individu yang lebih subjektif. Gaya impresionistik membebaskan penulis untuk membuat suatu gambaran terperinci terhadap watak dalam cerita sehingga berupaya memberikan penelitian mengenai pembentukan psikologi watak tersebut. Penulis Barat yang terkenal menggunakan gaya impresionistik ialah Joseph Conrad, Henry James dan Virginia Woolf.
oligarchyoligarkiSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk pemerintahan yang dikuasai oleh segolongan elit yang sangat berpengaruh dalam masyarakat. Pemerintahan ini melaungkan idea demokrasi tetapi pada hakikatnya segolongan kecil elit sahaja yang menentukan segala keputusan penting dalam pemerintahan. Walaupun begitu, pemerintahan ini memberi kebebasan kepada orang ramai dan membenarkan kehadiran pembangkang, golongan pendesak, media yang bebas dan perlembagaan yang kukuh. Oligarki tidak semestinya berada dalam sistem pemerintahan demokrasi tetapi juga wujud dalam sistem pemerintahan komunis. Konsep ini dikembangkan oleh Roberto Michels yang menghuraikan fenomena oligarki di Jerman Timur pada era perang dingin.
bandwagon effectkesan sampan tundaSains PolitikPolitik PerbandinganSuatu perkara yang menjadi ikutan orang ramai ekoran daripada kepercayaan bahawa perkara tersebut akan menjadi lebih serius, berjaya dan berpengaruh. Ikutan tersebut tidak terbentuk melalui penyelidikan yang bersandarkan kepada merit, keperluan atau kepentingan tertentu, tetapi kesan ini timbul hasil daripada konstruksi yang dilakukan oleh alat-alat sosial seperti media, pengiklanan atau kempen. Konstruksi tersebut berjaya membentuk satu kesan sampan tunda yang akhirnya menjadi ikutan orang ramai. Dalam konteks politik, kesan ini boleh diperhatikan semasa pilihan raya apabila pengundi memilih seseorang calon atau parti disebabkan oleh peranan media yang menyatakan bahawa calon atau parti tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan menonjolkan faktor-faktor tertentu seperti personaliti dan rekod pentadbiran yang baik.
operaoperaKesusasteraanTiadaBentuk persembahan teater atau drama yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog yang berasal daripada tragedi yang didikirkan. Persembahan teater ini merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan kembali tragedi Yunani klasikal yang amat berpengaruh. Perkembangannya juga didorong oleh bentuk persembahan masque. Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-17, opera merupakan hiburan khas istana dan akademik (pusat pengajian tinggi). Pada tahun 1637, pelancaran dan perasmian Opera House di Venice membuka opera kepada tontonan orang ramai. Opera kemudian berkembang di seluruh Eropah dengan sumbangan Richard Wagner (1813-1883) di Jerman. Opera pada masa kini menjadi salah satu bentuk teater utama di Barat dan kepentingannya dibuktikan dengan kewujudan karya besar oleh komposer seperti Mozart, Puccini, Monteverdi dan sebagainya. Antara contoh opera ialah Aida, Madam Butterfly, Don Giovani, Dan Carlos dan Faust. Lihat juga masque.
postmodenismpascamodenismeKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang dilihat sebagai lanjutan daripada modenisme serta mencabar tradisi dan konvensi. Pancamodenisme dilihat sebagai pemisahan daripada modenisme, terutamanya dalam mempertikaikan keutuhan struktur karya modenisme secara lebih radikal. Contohnya, novel Merahnya Merah oleh Iwan Simatupang. Novel ini mempersoalkan realisme, kesatuan teks dan penyelesaian teks yang rapi. Aliran ini mula berpengaruh pada tahun 1960-an. Sejak itu, istilah ini mula digunakan untuk memerikan karya seni. Lihat juga metafiksyen, modenisme.
bourgeoisieborjuisSains PolitikPolitik PerbandinganKelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis. Istilah atau konsep borjuis ini berasal daripada bahasa Perancis yang dipinjam daripada perkataan Itali iaitu borghesia yang bermakna rumah golongan kaya yang berada di tengah-tengah perkampungan. Kelas borjuis mula muncul pada zaman pertengahan Itali melalui penguasaan terhadap faktor-faktor pengeluaran dan menjadi kaya berbanding dengan masyarakat di sekeliling mereka. Keadaan ini menjadikan mereka secara relatifnya lebih berkuasa dan berpengaruh sehingga setaraf dengan kelompok elit pemerintah atau golongan gereja pada ketika itu. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Karl Marx (1818-1883) bagi menghuraikan fenomena kelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis yang menguasai modal. Menurut Marx, golongan borjuis menguasai kelas bawahan iaitu kelas proletar (pekerja) secara dominasi dan memanipulasi tenaga kerja yang berlebihan dengan membayar upah yang rendah. Situasi ini dilihat oleh Marx sebagai satu bentuk penindasan golongan borjuis terhadap kelas pekerja.
counter eliteelit sainganSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok kelas atasan yang memberi saingan kepada kelompok elit yang selama ini mendominasi politik dalam sesebuah masyarakat atau negara. Elit saingan muncul kesan daripada proses sosialisasi yang terbentuk dalam masyarakat tersebut sama ada melalui pendidikan, pemodenan dan juga pendedahan terhadap ideologi luar. Kemunculan elit saingan ini sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan dan dominasi elit yang telah lama bertapak dan berpengaruh khususnya dari aspek idea, nilai dan strategi. Misalnya, kemunculan kelas menengah Melayu kesan daripada pemodenan dan pendidikan telah memberi saingan kepada dominasi elit tradisional Melayu dalam strata masyarakat yang akhirnya telah mengambil alih teraju kepimpinan masyarakat Melayu.
ruling eliteselit pemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganSekumpulan kecil golongan atasan yang menguasai pemerintahan, ekonomi dan pentadbiran dalam sesebuah negara. Kumpulan penguasa ini tidak semestinya terlibat secara langsung dalam jentera pemerintahan tetapi memiliki hubungan yang akrab dengan pemerintah. Hubungan ini boleh terbentuk kerana mereka menganggotai parti yang sama, rakan lama, hubungan persaudaraan, ikatan perniagaan dan rakan dalam perjuangan sesuatu matlamat poIitik. Dengan itu, mereka mempunyai suara dan sangat berpengaruh dalam menentukan sesuatu keputusan, mempengaruhi pembentukan sesuatu dasar dan boleh campur tangan dalam pelaksanaannya. Contohnya, elit pemerintah Singapura yang wujud di sekitar golongan kanan pemimpin atau bekas pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP).
formalismformalismeKesusasteraanTiadaKajian bentuk teks secara rapi. Kajian ini bertumpu pada aspek struktur seperti meter, rima, teknik penceritaan dan lain-lain. Pemikiran formalisme berkait rapat dengan linguistik kerana cara menganalisis bahan secara saintifik yang diamalkan dalam bidang linguistik diterapkan dalam bidang sastera. Menurut pemikiran formalisme, penulisan sastera menggunakan bahasa dengan cara yang istimewa, iaitu berbeza dengan bahasa harian. Konsep ini dikenali sebagai defamiliarisation atau penganehan. Aliran formalisme bermula di Rusia semasa Revolusi 1917. Ahli pemikir formalisme amat berpengaruh pada dekad dua puluhan di Rusia tetapi gerakan mereka diharamkan Antara tokoh formalisme Rusia yang terpenting ialah Victor Shklovsky, Boris Tomashevsky, dan Boris Eichenbaum. Lihat juga penganehan.
peer groupkelompok sebayaSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara.
12

Kembali ke atas