non-partisan support | sokongan tidak berpihak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bentuk sokongan yang tidak semestinya terikat dengan sesuatu pihak. Sokongan ini bersifat individu atau kelompok. Individu atau kelompok yang terlibat masih boleh membuat pemilihan dalam pilihanraya. Contohnya, sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap parti pembangkang atau pemerintah merupakan sokongan tidak berpihak. |
nonpartisanism | faham tidak berpihak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang berpegang kepada suatu pendirian yang bebas dan berkecuali. Fahaman ini diamalkan oleh individu atau kelompok yang tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak yang bersaing. Walaupun begitu, individu dan kelompok ini turut terlibat dalam proses pemilihan pemimpin dan kerajaan. Fahaman ini berkembang melalui konsep neutralisme dalam Pentadbiran Awam yang dipopularkan oleh Dwight Waldo. Dalam menjalankan tugas, penjawat awam mesti berpegang kepada fahaman ini. |
neutral | neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). |