conscious mimicry | kemimikan kesedaran | Biologi | Ekologi | Kemimikan dengan cara berpura-pura pengsan atau mematikan diri. Misalnya, oposum berpura-pura mati apabila berhadapan dengan musuh. |
manufactured foul | kesalahan buatan | Sukan | Tiada | Keadaan apabila pemain berpura-pura menunjukkan bahawa lawan telah melakukan kesalahan. |
braggadocio | braggadocio | Kesusasteraan | Tiada | Watak kudi yang memiliki sifat sombong, bongkak, suka berpura-pura dan bercakap besar, tetapi sebenarnya seorang yang pengecut. |
artificial comedy | komedi pepura | Kesusasteraan | Tiada | Komedi yang memberikan gambaran tentang masyarakat yang berpura-pura. |
autoclesis | kata rahsia | Kesenian | Drama dan Teater | Permainan kata yang diucapkan oleh sesuatu watak dengan berpura-pura tidak mahu memberitahu hal yang sebenar walaupun maksud yang tersirat telah difahami oleh watak lain dan penonton. |
con approach | pendekatan tipu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk penipuan apabila pelaku mendekati mangsa secara terbuka dan berpura-pura meminta bantuan atau menunjukkan arah sesuatu tempat. Tujuan pelaku melakukan penipuan adalah untuk mendapatkan habuan daripada mangsa. |
passive-aggressive behaviour | tingkah laku pasif-agresif | Perubatan | Psikiatri | Perlakuan yang pasif, seperti menangguh atau melengah-lengahkan kerja, degil, sengaja menghasilkan kerja yang kurang bermutu atau berpura-pura lupa berserta perbuatan suka mengkritik pihak atasan. |
passive-aggressive personality disorder | gangguan personaliti pasif-agresif | Perubatan | Psikiatri | Kecelaruan yang terjadi apabila seseorang diarahkan melakukan kerja yang terbaik, tetapi bertindak pasif, seperti menangguh atau melengahkan kerja, degil, sengaja menghasilkan kerja yang kurang bermutu atau berpura-pura lupa. |