[ber.pu.sat] | برڤوست
Definisi : 1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja; perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barang-barang; 2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.pu.sat] | برڤوست
Definisi : 1 mempunyai pusat: Kerajaan Malaysia ~ di Kuala Lumpur. 2 bertumpu; berpunca: Tema cerita itu ~ pd kehidupan sebuah keluarga kaya yg tidak bahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)