nanoplankton | nanoplankton | Sains Marin | Tiada | Plankton bersaiz nano dalam julat ukuran 2-20 mikrometer. Contohnya, kumpulan Protista eukariot yang bersaiz kecil, diatom kecil, flagelata kecil, krisofita, firofita, klorofita dan xantofita. |
microplankton | mikroplankton | Sains Marin | Tiada | Organisma plankton yang bersaiz mikro dalam julat ukuran 20-200 mikrometer. Contohnya, protista eukariot yang bersaiz besar, kebanyakan fitoplankton, foraminifera, siliata, rotifera dan peringkat larva krustasia. |
nanosphere | nanosfera | Fizik | Nanoteknologi | Zarah berbentuk sfera bersaiz 1 nm - 1000 nm. Zarah ini terdiri daripada logam, bahan organik, seramik atau bahan semikonduktor. Jika zarah ini bersaiz 1 nm - 100 nm dan diperbuat daripada bahan semikonduktor, zarah ini dipanggil bintik kuantum. Zarah ini disediakan melalui pelbagai cara, iaitu kaedah kimia, ablasi laser, MBE, dan MOCVD. |
macroplankton | makroplankton | Sains Marin | Tiada | Komponen plankton (fauna dan flora) yang bersaiz agak besar dan dapat dilihat dengan mata kasar. Secara definisinya makroplankton ialah plankton yang bersaiz di antara 2-20 mm. Contohnya, krustasia dan ubur-ubur. |
semiconductor quantum dot | bintik kuantum semikonduktor | Fizik | Nanoteknologi | Hablur semikonduktor bersaiz antara 2 nm - 10 nm yang mengandungi 100 elektron - 1000 elektron atau 10 atom - 50 atom. Bintik kuantum mengurungi elektron, lohong atau pasangan elektron-lohong (atau eksiton) dalam ruang bersaiz jarak gelombang Compton. Pengurungan ini menyebabkan berlaku pengkuantuman aras tenaga sama seperti yang berlaku dalam atom. Pengkuantuman tenaga memberikan sifat optik istimewa yang dapat digunakan sebagai tag pendarfluor untuk penanda biologi, diod pemancar cahaya, sel fotovoltan dan komputer kuantum. Contoh bahan semikonduktor ialah kadmium selenida dan plumbum sulfida. Bintik kuantum semikonduktor juga dikenali sebagai atom buatan. Sinonim nanohablur semikonduktor. |
nanocomposite | nanokomposit | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang terhasil daripada penambahan beberapa peratus bahan tertentu bersaiz nano ke atas suatu bahan asas. Sifat fizik bahan komposit adalah seperti kekonduksian elektrik, terma atau kekuatan mekanik berbeza secara drastik daripada sifat bahan asal. Bahan bersaiz nano tersebut dapat terdiri daripada nanotiub atau nanozarah. |
scanning probe lithography | litografi penduga imbasan | Fizik | Nanoteknologi | Kaedah litografi bagi menghasilkan corak bersaiz nanometer pada permukaan suatu bahan terutamanya bahan semikonduktor dengan menggunakan mikroskop penerowongan imbasan (STM) atau mikroskop daya atom (AFM). Corak ini dihasilkan apabila penduga yang bermata tajam mengimbas permukaan dengan menggores permukaan, melakukan pemanasan setempat atau melukis menggunakan dakwat bahan kimia tertentu. Kaedah ini diperlukan bagi menghasikan corak bersaiz di bawah skala 100 nm, yang tidak dapat dihasilkan oleh kaedah litografi optik atau kaedah yang lain. |
nanosized grain | butiran bersaiz nano | Fizik | Nanoteknologi | Perihal utiran suatu bahan yang mempunyai saiz dalam julat nanometer. Contohnya, aloi Cu-Fe berstruktur nano mempunyai saiz butiran antara 20 nm - 70 nm dan bilangan butiran yang terbanyak adalah pada saiz 40 nanometer. Saiz butiran ini memainkan peranan yang penting dalam sifat mekanik, elektrik dan magnet sesuatu bahan. Aloi tersebut akan mengalami retakan atau patah, apabila dikenakan tekanan sehingga mencapai 2.8 GPa, iaitu lima kali lebih kuat daripada aloi yang sama yang mempunyai saiz butiran antara 50 mikrometer - 150 mikrometer. |
nanoswitch | nanosuis | Fizik | Nanoteknologi | Suis bersaiz molekul yang mampu melaksanakan tindakan buka dan tutup sistem elektronik pada skala pikosaat. Contoh proses nanosuis ialah kesan penerowongan, fotokimia, perubahan bentuk, dan kesan pemagnetan. |
glycine | glisina | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian organik bersaiz sekitar 0.4nm dengan rumus kimia C2H5NO2 yang merupakan asid amino paling ringkas daripada 20 asid amino yang biasa terdapat dalam protein, haiwan. Sebatian ini merupakan satu-satunya asid amino yang tidak aktif optik, iaitu tidak mempunyai stereoisomer-D dan stereoisomer-L. Glisina tidak reaktif apabila digabungkan dengan protein tetapi dalam keadaan bebas, glisina terlibat dalam pelbagai tindak balas, contohnya, biosintesis heme. |