Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.lé.ra/] | برسليرق

Definisi : 1. bersebar, ber-sepah, berserak: dia melangkah kembali dan mengutip pinggan-pinggan yg masih ~ itu; jamuan ~ jamuan yg tetamunya mengambil sendiri makanan (dan bebas ke sana ke mari); 2. ki terdapat di mana-mana, bertaburan: syarikat penerbangan itu mempunyai wakil yg ~ di seluruh dunia; 3. tidak selari (cahaya); 4. terurai (dlm pelbagai warna); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.lé.ra/] | برسليرق

Definisi : tidak di­­­atur dgn baik; bersepah-sepah; ter­­­sebar di mana-mana: Barang-ba­rang permainan­nya ~ di bilik makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serak (adjektif)
Bersinonim dengan parau, garau.,
Kata Terbitan : berselerak, berselerakan, menyelerakkan, terselerak, penyelerakan, serak2, berserak, berselerak, menyerak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scattershot reservationtempahan berselerakPelanconganTiadaTempahan yang dibuat tanpa ditentukan tempat duduk.
territorial integritykeutuhan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai .
islet of Langerhanskelompok LangerhansFizikNanoteknologiKelompok sel yang berbentuk bulat atau bujur, yang berselerak di seluruh pankreas, dan bertindak sebagai kelenjar endokrin yang menghasilkan insulin dan hormon seperti lipokaik. Kelompok Langerhans dikenali juga sebagai kelompok pankreas.

Kembali ke atas