Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ni] | برسني

Definisi : mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berseni


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catchkecKesenianTiadaLagu pusingan berseni kata lucu.
belles-lettresbelles-lettresKesusasteraanTiadaIstilah yang digunakan untuk membezakan antara tulisan berseni dengan tulisan saintifik atau falsafah. Istilah ini merujuk kepada penulisan esei pada abad ke-19 yang memperlihatkan ciri-ciri elegan, ilmiah, canggih, dan memperlihatkan unsur jenaka pintar. Pada masa ini, istilah ini memperlihatkan ciri-ciri bertentangan, iaitu penulisan yang remeh, ringan, dan tidak ilmiah. Belles-letteres berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud �tulisan indah�.
vernacularvernakularKesusasteraanTiadaPenggunaan bahasa atau dialek yang dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dalam masyarakat. Dalam konteks sastera, penggunaan bahasa atau dialek yang dipertuturkan lebih berseni, kreatif, dan disulami dengan kata-kata berirama.
authorial intusioncelahan pengarangKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara.

Kembali ke atas