Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.pa.du] | برسڤادو

Definisi : berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electron-beam lithographylitografi alur elektronFizikNanoteknologiKaedah penghasilan litar bersepadu dengan mengimbaskan alur elektron untuk mengukir corak litar bersepadu. Keistimewaan kaedah ini dapat menghasilkan litar dengan kelebaran 10 nm atau kurang.
integrated risk information system (IRIS)sistem maklumat risiko bersepaduTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPangkalan data elektronik yang mengandungi maklumat pelbagai bahan kimia dan kesannya terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. Sistem maklumat risiko bersepadu disediakan dan diselenggarakan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), Amerika Syarikat.
integrated care electronic health record (ICEHR)rekod perkhidmatan kesihatan elektronik rawatan bersepadu (ICEHR)Teknologi Maklumate-KesihatanAplikasi elektronik yang menyepadukan semua rekod penjagaan kesihatan dari lokasi dan sumber yang berbeza dalam satu pangkalan data. Tujuan utamanya adalah untuk menyokong penjagaan kesihatan bersepadu yang berterusan, cekap dan berkualiti. Lihat juga rekod kesihatan elektronik (EHR).
Gypsy verification environmentpersekitaran penentusahan GipsiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerUnitiliti pengaturcaraan bersepadu untuk bahasa pengaturcaraan Gipsi untuk membantu reka bentuk dan pengaturcaraan. Persekitaran ini digunakan untuk menghuraikan keperluan fungsian perisian yang dibangunkan, membantu penulisan kod atur cara, dan mengesahkan hasil pengaturcaraan. Utiliti bersepadu yang digunakan dalam persekitaran ini mengandungi sebuah penyunting kod, pemproses spesifikasi, penjana kriteria pengesahan, pembukti teorem, dan alat penjejakan aliran maklumat.
integrated approachpendekatan bersepaduPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerancangan yang menggabungkan semua aspek politik, sosial, ekonomi, fizikal, dan melibatkan berbagai-bagai agensi yang berkaitan.
integrated material managementpengurusan bahan bersepaduTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPendekatan yang sistematik dan bertanggungjawab dalam penyelarasan, perancangan, pemilihan sumber, pembelian, penghantaran, penyimpanan dan pengawalan bahan secara optimum untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dengan kos yang minimum dan dapat memelihara alam sekitar.
integrated pest managementpengurusan perosak bersepaduPertanian OrganikTanaman Makanan-
double spreaddwilembar-TiadaHamparan bersepadu yang mengandungi teks dan bahan grafik dalam dua halaman yang saling berhadapan atau bersebelahan.
lithographylitografiFizikNanoteknologiKaedah penghasilan litar bersepadu yang melibatkan penutupan sebahagian besar permukaan dengan filem peka cahaya dan bahagian yang lain dibuang dengan hentaman zarah alur elektron, sinar-X atau sinaran ultralembayung sehingga suatu corak terhasil. Kaedah ini biasanya digunakan dalam industri semikonduktor.
electrodeposition fabricationfabrikasi elektromendapanFizikNanoteknologiProses fabrikasi litar bersepadu atau nanofabrikasi yang memendapkan pelbagai filem tipis ke atas wafer silikon dengan menggunakan kaedah elektromendapan. Dalam proses yang dikenali sebagai sepuh lindap, bahan logam atau dielektrik yang ingin dimendapkan dijadikan sebagai katod. Katod tersebut akan dihentam oleh ion positif sehingga menyebabkan pengeluaran atom atau molekul dan seterusnya termendap atas permukaan wafer bagi membentuk filem yang dikehendaki.
123

Kembali ke atas