violent behaviour | tingkah laku ganas | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku agresif mana-mana individu yang memudaratkan diri sendiri, orang lain atau harta benda. Contohnya, seorang lelaki bersikap kasar dengan teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan. |
mental health treatment | rawatan kesihatan mental | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit mental untuk memulihkan tahap kesihatan mentalnya. Mental yang bercelaru menyebabkan pesakit mental bersikap agresif untuk melakukan jenayah. |
neutralisation theory | teori neutralisasi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori kriminologi yang dikemukakan oleh David Cressey, Gresham Sykes dan David Matza yang menerangkan tentang delinkuen yang lazimnya menerima tingkah laku moral yang umum serta mematuhi undang-undang, tetapi pada situasi tertentu mereka boleh bersikap antisosial atau perlakuan melencong dengan menangkis rasa bersalah dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti menyalahkan mangsa atau keadaan. Kaedah-kaedah tersebut membolehkan pelaku menganggap tingkah laku tersebut diterima secara moral buat dirinya sahaja. Pelaku biasanya berolak-alik antara norma kesusilaan yang lazim dengan sikap yang menjurus kepada jenayah. |
Enlightenment | Pencerahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu jangka masa dalam sejarah Eropah yang dicirikan dengan kemunculan pemikiran dan peradaban sains moden pada abad ke-17 yang akhirya mendorong kepada Revolusi Perancis. Era ini telah mengubah pemikiran masyarakat yang tradisional kepada idea kerasionalan, pemikiran saintifik, bersikap sceptic kepada autoriti tradisional dan agama, pegangan kepada hujah dalam perbincangan dan terbuka kepada idea yang baru. Zaman ini membawa kepada revolusi industri di Eropah dan seterusnya membawa banyak perubahan kepada kehidupan masyarakat sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik. |
apathy | apati | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap individu yang langsung tidak mempunyai emosi dan motivasi terhadap sesuatu perkara. Misalnya seseorang yang tidak langsung menghiraukan perkembangan politik negaranya. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor antaranya ialah status sosial individu tersebut yang tidak mempunyai kepentingan dan sikap tidak peduli dengan perkembangan politik. Contohnya, terdapat golongan miskin yang bersikap apati politik kerana perkembangan politik tidak membawa sebarang perubahan kepada status mereka. |
epimythium | moral akhiran | Kesusasteraan | Tiada | Senarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral. |
mirror phase | fasa cerminan | Kesusasteraan | Tiada | Proses pengenalan dan pengertian diri dalam kajian mengenai ego. Pada tahun 1950-1960, seorang pengkritik Perancis Jacques Lacan menyarankan suatu teori strukturalisme yang dipengaruhi teori linguistik Ferdinand de Sausure untuk tujuan kaedah psikoanalitik. Konsep ini timbul hasil daripada uji kaji yang membandingkan reaksi antara kanak-kanak dengan beruk apabila melihat imej sendiri dalam cermin. Hal ini mencetuskan pandangan tentang proses yang dilalui seorang kanak-kanak yang belum dipengaruhi orang lain, yakni belum pandai menggunakan bahasa, mula mengenali diri serta mengerti konsep diri. Kanak-kanak menjalani kehidupannya berpandukan naluri, persepsi, dan ikatan pertalian yang bersepihan. Identiti diri yang terbentuk pada tahap pembesaran ini merupakan identiti bersifat khayalan yang dinamai tahap cerminan. Seterusnya, kanak-kanak akan berasakan bahawa dia dan ibunya adalah sama akibat ikatan simbiotik antara mereka. Ikatan ini seterusnya membentuk rasa bersatu narsisis palsu (a false narcissistic sense of unity). Nafsu dan naluri kanak-kanak adalah untuk ibunya. Persepsi dan fantasi narsisis tersebut membuatkan seseorang kanak-kanak bersikap ego. Oleh sebab ego terbentuk melalui persepsi dan fantasi narsisis, ego dikatakan asing daripada naluri bawah sedar dan pengaruh bahasa. Oleh itu, sebelum bahasa memberikan konsep �saya� pada kanak-kanak, mereka belum lagi mengenali atau mengerti konsep diri mereka sendiri. |