X-ray lithography | litografi sinar-X | Fizik | Nanoteknologi | Litografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang amat kecil dalam saiz 10(2) nm dengan cara menyinarkan sinar-X ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Jarak gelombang sinar-X ialah 0.8 nm atau kurang. Topeng diperbuat daripada bahan penyerap sinar-X seperti emas, sebatian tantalum atau tungsten. Contoh bahan berstruktur nano yang dibuat menggunakan litografi sinar-X ialah hablur fotonik. |
computational structural genomics | genomik berstruktur pengkomputeran | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
eukaryotic structural genomics | genomik berstruktur eukariot | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kajian terhadap struktur protein daripada genom organisma eukariot. |
spite house | rumah berona | Umum | Tiada | Bangunan berstruktur pelik yang dibina atau diubah suai dengan tujuan menyusahkan kejiranan atau mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tanah. |
nucleic acid | asid nukleik | Fizik | Nanoteknologi | Molekul biologi berstruktur polimer yang terdiri daripada rantai monomer nukleotid yang dapat dijumpai dalam semua sel dan virus. Asid ini mempunyai peranan penting dalam bidang biokimia kerana molekul ini dapat membawa maklumat genetik atau membentuk struktur dalam sel. Contohnya, DNA dan RNA. |
nanocellulose | nanoselulosa | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Selulosa berstruktur nano sama ada dalam bentuk nanohablur, nanogentian atau mikrofibrilasi. Contohnya, nanoselulosa yang dihasilkan oleh bakteria. |
photolithography | fotolitografi | Fizik | Nanoteknologi | Litografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang bersaiz mikrometer dengan cara menyinarkan cahaya ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Suatu siri rawatan kimia akan mengukir corak yang terdedah pada bahan di bawah fotorintang. Dalam pembinaan litar bersepadu kompleks seperti CMOS, suatu wafer akan menjalani kitaran fotolitografi sehingga 50 kali. |
nanocrystal | nanohablur | Fizik | Nanoteknologi | Susunan atom atau ion dalam pepejal yang berstruktur nano dengan saiz 1 nm - 100 nm. Jika saiz hablur ini menyamai atau kurang daripada saiz jejari eksiton, hablur tersebut akan memberikan kesan kuantum, seperti tenaga yang dipancarkan menjadi diskret. Nanohablur yang diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti kadmium selenida (CdSe) dikenali sebagai bintik kuantum. Contoh nanohablur yang lain ialah emas, grafit dan nikel. |
smectite | smektit | Fizik | Nanoteknologi | Bahan galian yang terdapat pada tanah liat berstruktur dioktahedron (montmorilonit) dan trioktahedron (saponit), mempunyai kepelbagaian bahan kimia yang dicirikan oleh sifat bengkak dan mempunyai keupayaan tukar ganti kation tinggi. |
bamboo zephyr strand | serat zefir buluh | Buluh | Tiada | Helaian gentian buluh yang berstruktur seperti jaring, berdiameter 1 mm atau kurang dan panjangnya kurang daripada 10 cm. |