Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sua] | برسوا

Definisi : 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daun­nya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sua] | برسوا

Definisi : 1 datang saling mendekati; bertemu muka: Itulah pertama kali saya ~ dgn dia. 2 bertemu dgn sesuatu (apa-apa yg dicari dll); berjumpa dgn tidak disangka-sangka: Jika ~ dgn penjajah itu, bunuhlah dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sua
Kata Terbitan : bersua, menyuakan, mempersuakan,

Puisi
 

Bunga ros bunga melati,
     Bersama dengan bunga cempaka;
Bila bersua idaman hati,
     Luput segala hati nan duka.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bersua baji dengan matan.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
early warning aircraftpesawat udara amaran awalAeroangkasaTiadaPesawat udara khas yang boleh memberi amaran awal apabila bersua dengan pesawat udara yang tidak dikenali. Contohnya pesawat udara AWACS. Kepak yang berengsel dan dipisahkan dari sayap oleh alur, yang digunakan untuk meningkatkan daya angkat dan seterusnya mengurangkan laju pegun pesawat udara. Kebolehan pesawat udara melakukan operasi berlepas.

Kembali ke atas