Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sua.ra] | برسوارا

Definisi : mengeluarkan suara, bercakap, berkata, berucap: tiada seorang pun yg ~ mengatakan saya tidak mahu pergi bekerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sua.ra] | برسوارا

Definisi : mengeluarkan suara; bercakap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,

Peribahasa

Kalau dipanggil dia menyahut,
     bila dilihat dia bersuara.

Bermaksud :

Jawab yang benar dan tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cognatekognatSains KesihatanTiadaKonsonan yang dihasilkan pada tempat dan cara yang sama kecuali sama ada bersuara atau tidak bersuara.
freedom of speechkebebasan bersuaraSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang tidak menghalang sebarang penyuaraan idea, cadangan atau pemikiran. Kebebasan ini tidak terbatas walaupun bersifat kritikan kepada pemerintah. Perlembagaan negara memberi jaminan kebebasan bersuara melainkan jika mengancam keselamatan negara. Jaminan perlembagaan ini terbukti melalui amalan harian yang membolehkan setiap individu melahirkan pandangan mereka. Kebebasan bersuara merangkumi kebebasan menerbit, menyiar, mempamer dan membuat sebarang kenyataan rasmi sama ada melalui pengucapan sendiri, menulis di akhbar, menyuarakan di radio, televisyen dan sebagainya. Penyuaraan ini juga tidak perlu melalui badan penapis atau lembaga pemeriksa. Kebebasan bersuara ini merupakan satu unsur asas dalam pemerintahan demokrasi.
voice onset timemasa mula bersuaraSains KesihatanTiadaMasa antara bunyi konsonan plosif dilepaskan dengan bunyi vokal yang mengikutnya.
phonationfonasiSains KesihatanTiadaPenghasilan bunyi bersuara sahaja.
nasal snortmendengusSains KesihatanTiadaBunyi nasal yang dihasilkan secara tidak bersuara dan disertai kesempitan hidung serta pengerutan muka.
voicing leadpendahulu suaraSains KesihatanTiadaMasa yang menunjukkan kehadiran bunyi pada bunyi plosif bersuara sebelum bunyi itu dilepaskan.
nasal emissionsengauanSains KesihatanTiadaBunyi yang terhasil apabila udara keluar dari hidung seamsa penghasilan bunyi klosif tak bersuara dan biasanya berlaku lelangit rekah.
human rightshak asasi manusiaSains PolitikPolitik PerbandinganHak atau kebebasan yang wajib dimiliki oleh individu seperti kebebasan bersuara, bergerak, berorganisasi dan memilih kerajaan. Hak ini memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak melampaui batasan perlembagaan dan membahayakan keselamatan. Hak ini juga merupakan ciri asas dalam sistem pemerintahan demokrasi dan perlu dihormati oleh setiap individu. Hak asasi manusia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diisytiharkan dalam Universal Declaration of Human Rights di Vienna pada tahun 1948. Contohnya, seorang yang dituduh melakukan kesalahan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dan beliau juga berhak mendapatkan khidmat peguam yang dipilih sendiri. Sinonim hak-hak asasi.
dictatordiktatorSains PolitikPolitik PerbandinganSeseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an.
despotismsistem kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang tidak membenarkan kebebasan dan persaingan poIitik serta dilaksanakan secara zalim serta dikuasai oIeh individu atau kelompok tertentu. Dalam sistem ini, hak poIitik masyarakat seperti mengundi, berpersatuan, bersuara dan sebagainya dihalang. Kebenaran hanya diberikan kepada kelompok yang menyokong pemerintahan tersebut. Kuasa politik dalam sistem ini bersifat terpusat dan dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Parti politik lain pula tidak dibenarkan wujud kecuaIi parti pemerintah. Media massa dan segala penyebaran maklumat dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Sebarang bentuk penentangan politik akan dihukum seperti diseksa, dibuang negara atau dibunuh. Penentangan politik dalam sistem ini hanya wujud secara berselindung atau rahsia seperti gerakan bawah tanah. Contohnya, Rusia di bawah pemerintahan Stalin berada dalam pemerintahan kuku besi.
12

Kembali ke atas