Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.rat] | برسورت

Definisi : 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.su.rat] | برسورت

Definisi : 1 ada suratnya; memakai atau menggunakan surat: jemputan ~ jemputan yg dibuat melalui surat. 2 ada tulisan di atasnya; bertulis: batu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersurat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epigraphyepigrafiKesusasteraanTiadaKajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), Batu Bersurat Minye Tujuh (Aceh), dan Batu Bersurat Terengganu. Kajian epigrafi juga banyak dilakukan terhadap tulisan yang terdapat pada batu nisan lama. Tujuannya untuk mengetahui sejarah seseorang tokoh atau tentang unsur-unsur Islam. Kajian epigrafi terhadap tulisan yang terdapat pada dinding kuil atau tugu pula memberikan banyak maklumat tentang sejarah sesuatu tempat, adat-istiadat, undang-undang, kata-kata hikmat dan sebagainya. Epigrafi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bertulis di atas sesuatu�.
palaegraphypaleografiKesusasteraanTiadaKajian tentang tulisan kuno. Kajian biasanya dilakukan pada inskripsi, terutamanya pada batu bersurat, batu nisan, dan bahan manuskrip lama. Kajian juga melibatkan percubaan untuk membaca tulisan purba bagi menentukan tarikh, asal-usul dan ketulenannya.
inscriptionprasastiKesusasteraanTiadaTulisan yang diukir di atas permukaan yang keras seperti batu, tanduk, dan gading. Contohnya, tulisan pada batu bersurat atau tulisan yang terdapat pada batu nisan, candi, tonggak bumi, dan menara. Prasasti diamalkan sebelum kertas digunakan sebagai bahan tulisan. Dalam budaya Melayu, prasasti biasanya menggunakan tulisan Pallara dalam bahasa Melayu kuno. Salah satu prasasti sastera yang diukir di atas tembaga ditemui dalam Hikayat Singa Menteri.

Kembali ke atas