Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tam.bah] | برتمبه

Definisi : 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tam­bah) supaya menjadi lebih banyak, men­dapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat;: imam khatib lagi ber­dosa, ~ pula kita yg jahil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tam.bah] | برتمبه

Definisi : 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
     Sedar-sedar bertambah dendam.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
centrifugal forcedaya emparanSains SukanBiomekanikDaya yang mengarah ke luar pusat putaran. Daya emparan bertambah apabila jisim serta kelajuan objek bertambah dan berkurang apabila saiz jejari bertambah.
centripetal forcedaya sentripetalSains SukanBiomekanikDaya yang mengarah ke dalam pusat putaran. Daya sentripetal bertambah apabila jisim serta kelajuan objek bertambah, dan berkurang apabila saiz jejari bertambah.
cumulative causationpenyebab kumulatifPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKeadaan pertumbuhan yang menunjukkan sesuatu wilayah yang telah maju akan bertambah maju dan bagi yang mundur bertambah mundur.
increased hazardbahaya meningkatinsuransTiadaPolisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang diinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di dalam rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer.
ionionFizikNanoteknologiAtom atau molekul yang kehilangan atau bertambah satu atau lebih elektron sehingga cas elektrik bersihnya bersamaan dengan kehilangan atau pertambahan cas elektron. Ion yang bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion. Contohnya, tindak balas unsur natrium dengan klorin menghasilkan kation natrium (Na+) dan anion klorin (Cl-).
deterioratemerosotPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKeadaan yang menunjukkan bertambah buruk.
economy recoverypemulihan ekonomiEkonomiTiadaPeringkat kitaran perniagaan yang semakin meningkat dan bertambah kukuh selepas berakhirnya tempoh kemelesetan.
prognosisprognosisPerikananAkuakulturPeramalan untuk menentukan jenis penyakit, tanda dan gejala penyakit akan bertambah baik/buruk atau tetap stabil dari semasa ke semasa, dan kemungkinan jangka hayat ikan tersebut. Prognosis dibuat berdasarkan pada situasi penyakit yang didiagnosis, keadaan fizikal ikan serta rawatan yang ada.
healingrehat mindaUmumTiadaProses apabila keadaan buruk atau emosi yang menyakitkan berakhir atau bertambah baik.
venture vacuumvakum venturiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaVakum yang terjadi dalam salur venturi karburetor, yang bertambah menurut laju aliran udara yang mengalir melaluinya.
1234

Kembali ke atas