Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tang.kup] | برتڠکوڤ

Definisi : 1. kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit lokan, dll), bertelangkup; 2. bertelangkup, bertelungkup: atapnya ~ bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah; 3. menjadi rapat bercantum: kita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~ balik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tang.kup] | برتڠکوڤ

Definisi : 1 kedua-dua belah dpt tutup-menutup: Tangannya ~. 2 bertelangkup; bertelungkup (bkn pinggan mangkuk dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkup
Kata Terbitan : bertangkup, menangkup, menangkupkan, tertangkup,

Puisi
 

Batu belah batu bertangkup,
     Hendak makan telur temakul;
Dari awal saya tak takut,
     Berani tebang berani memikul.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gassho uketangkis tangan tangkupSukanTiadaTangkisan dengan menggunakan tangan bertangkup.
bivalve (mould)setangkup (acuan)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik penghasilan artifak logam dengan menggunakan dua acuan yang bertangkup menjadi satu. Bahagian dalamnya dibentuk dengan motif atau corak yang diingini. Pada bahagian atasnya dibuat lubang untuk menuang cairan logam. Setelah proses selesai, acuan akan dibuka untuk mendapatkan artifak. Ciri penggunaan teknik ini boleh dikenal pasti dengan adanya lelehan logam pada bahagian tepi artifak. Tanah liat dibentuk dan diletakkan di dalam acuan untuk menghasilkan artifak bersoket. Acuan ini dapat digunakan berulang kali berbanding dengan acuan cire perdue.
local legendslegenda tempatanKesusasteraanTiadaLegenda yang tidak tersebar luas, hanya berkisar pada sesuatu tempat tertentu terutama mengenai asal usul dan keajaibannya. Contoh: Batu Belah Batu Bertangkup.
jikeyjikeyKesusasteraanTiadaTeater rakyat yang dipersembahkan dengan rangkuman (gabungan) unsur muzik, tarian, dan dialog. Teater ini popular di Perlis dan Langkawi. Jikey mempersembahkan cerita tempatan seperti Mahsuri, Awang Kudis Buta, Batu Belah Batu Bertangkup, Naga kepala Tujuh, Bawang Putih Bawang Merah dan Pending Emas Pending Perak. Peralatan muzik jikey mengandungi violin, tamburin, tiga rebana pelbagai saiz, sebuah gong, dan lima pasang cerek yang diperbuat daripada kayu atau buluh.
idyl/idyllidilKesusasteraanTiadaBahagian karya sastera dalam ragam prosa atau puisi yang menggambarkan suasana tenteram, aman, sentosa yang sering dikaitkan dalam kehidupan sederhana atau hidup di kampung. Contoh: kehidupan Melor bersama nenek kebayan setelah kematian ibunya di sebuah kampung yang terpencil dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup.
household talecerita nenekKesusasteraanTiadaCerita dewa-dewi yang disampaikan secara tradisi lisan oleh ahli keluarga sebagai hiburan di rumah. Cerita nenek biasanya mempunyai unsur pengajaran dan nilai moral yang disampaikan oleh ibu atau bapa kepada anak-anaknya. Cerita nenek dikemukakan oleh Jakob Ludwing Carl dan abangnya Wilhelm carl, iaitu Hansem and Gretelm The Frog Prince, Grimm�s Fairy Tales dan Snow White and the Seven Dwarfs. Contoh tempatan yang popular ialah �Batu Belah batu Bertangkup� dan �Bawang Putih, Bawang Merah�.

Kembali ke atas