Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tau.liah] | برتولياه

Definisi : mempunyai tauliah, ada tauliah-nya: hanya amil-amil yg ~ sahaja yg boleh menerima zakat drpd orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertauliah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Muslim chaplaincy /Islamic chaplaincypembimbingan rohani IslamAgama IslamTiadaBimbingan dari aspek nasihat dan penjagaan rohani oleh individu profesional yang bertauliah kepada mereka yang memerlukan.
contract analysisanalisis kontrakHerbaTiadaPerjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan penganalisis kontrak untuk menjalankan sebarang aktiviti analisis yang berkaitan dengan kualiti, keberkesanan dan keselamatan bahan mentah, sediaan dan produk herba. Penganalisis kontrak perlu mempunyai makmal bertauliah, peralatan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Makmal Baik. Analisis perlu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pelanggan. Sijil analisis perlu ditandatangani oleh pegawai bertauliah.
medical reportlaporan perubataninsuransTiadaDalam insurans hayat dan kesihatan, dokumen ini mengandungi maklumat yang diisi oleh seseorang doktor atau pemeriksa yang bertauliah dan dimajukan kepada syarikat insurans untuk membuktikan kebolehinsuransan seseorang bakal insured.
herbal authenticationpengesahan herbaHerbaTiadaProses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah.
viscosity indexindeks kelikatanKejuruteraan AutomotifEnjinUkuran perubahan kelikatan minyak pada suhu 100°C. Minyak rujukan yang digunakan ialah jenis Pensylvania (minyak be- rasaskan parafin) yang diberikan indeks 100 dan jenis Pantai Teluk Texas (minyak berasaskan naftena) yang diberikan indeks sifar. Indeks tinggi menandakan perubahan kelikatan yang kecil dengan perubahan suhu dan diperlukan untuk enjin yang beroperasi dalam julat suhu yang besar. Indeks rendah pula menandakan perubahan kelikatan yang besar dengan perubahan suhu. Contohnya, minyak pelincir gred 0W30 mempunyai indeks 211, gred 5W30 mempunyai indeks 168 dan gred 10W30 mempunyai indeks 143. Semua minyak ini mempunyai kelikatan yang sama pada suhu 100°C. Pada suhu yang lebih sejuk, gred 10W30 berkelikatan tertinggi, manakala 0W30 berkelikatan terendah dan akan mula mengalir dengan lebih mudah pada suhu sejuk. Lihat juga kelegaan injap. Modul komputer yang mengandungi maklumat dan atur cara mengikut konfigurasi enjin seperti data tentang operasi enjin. Maklumat dan atur cara ini digunakan tanpa boleh diubah suai oleh pengguna yang tidak bertauliah. Singkatan PROM.

Kembali ke atas