industrial restructuring | susun semula industri | Ekonomi | Tiada | Dasar dan strategi untuk mengubah semula struktur industri untuk mencapai matlamat jangka panjang, seperti mengubah penumpuan industri penggantian import kepada industri perkembangan eksport, daripada industri ringan kepada industri berat, daripada industri berteknologi rendah kepada yang berteknologi tinggi, dan dari bandar ke luar bandar. |
restructuring of industry | penyusunan semula industri | Ekonomi | Tiada | Dasar dan strategi untuk mengubah semula struktur industri untuk mencapai matlamat jangka panjang, seperti mengubah penumpuan industri penggantian import kepada industri perkembangan eksport, daripada industri ringan kepada industri berat, daripada industri berteknologi rendah kepada yang berteknologi tinggi, dan dari bandar ke luar bandar. |
Government Technology (GovTech) | Kerajaan Berteknologi Maju | Pentadbiran | Tiada | Pendekatan keseluruhan kerajaan untuk pemodenan sektor awam. GovTech menekankan tiga aspek, iaitu perkhidmatan awam yang mudah diakses dan berpaksikan rakyat, transformasi kerajaan digital serta sistem kerajaan yang cekap, telus dan tidak rumit. (RMK12) |
MIDI | MIDI | Muzik | Tiada | Peranti dan perisian berteknologi tinggi dalam bidang penataan atau susunan muzik. |
Deacon process | proses Deacon | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses berteknologi rendah untuk menukarkan hidrogen klorida kepada gas klorin menurut tindak balas berikut: 4HC1 + O2 � 2C12 + 2H2O, dengan menggunakan mangkin kuprum klorida pada suhu 600�C. Proses ini tidak cekap kerana mangkin mudah m eruap dan masalah kakisan peralatan tidak dapat dielakkan sebab suhu pengoperasian yang terlalu tinggi. Lihat juga proses Kel-Chlo. |
special spectacular effect | kesan khas gemilang | Komunikasi | Korporat | Hasil gabungan penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan canggih dalam iklan jalanan yang memberi impak menakjubkan. Peralatan iklan yang digunakan biasanya bersaiz besar dan menggunakan ruang yang luas. Kesan khas gemilang biasanya menggunakan unsur audiovisual dan teknik pencahayaan yang direka bentuk khusus untuk mewujudkan kesan tersebut. Tujuan penggunaan kesan khas gemilang adalah untuk mendapatkan perhatian khalayak dan meninggalkan kesan ingatan mesej yang disampaikan. Oleh sebab kos pengurusan yang tinggi, syarikat dan organisasi yang berkemampuan sahaja yang dapat menggunakan kesan khas gemilang ini. |
cache memory | ingatan para | Matematik | Tiada | Sejenis ingatan yang tercetak di antara pemproses dan ingatan utama dalam sistem berteknologi tinggi. |
memory stick | jalur ingatan | Komputer | Tiada | Kad bercip kecil yang memuatkan data, lazimnya diletakkan pada computer riba atau telefon berteknologi baru. |
venture company | syarikat usaha niaga | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Syarikat yang bermastautin di Malaysia yang terlibat dalam perusahaan berisiko tinggi atau berteknologi baru yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. |
active drag | seretan aktif | Sains Sukan | Biomekanik | Seretan yang wujud akibat pergerakan jasad. Pergerakan jasad boleh berlaku dalam medium bendalir dan udara. Contohnya, dalam sukan renang, pakaian berteknologi dicipta untuk mengurangkan seretan aktif bagi meningkatkan kecekapan pergerakan. |