film screen | skrin filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lapisan bahan yang diletakkan filem di dalamnya dan berfungsi untuk menapis sinaran bertenaga rendah dan hanya membenarkan sinaran bertenaga tinggi melepasinya serta menapis sinaran yang datang daripada sinaran serak balik. |
pair production | penghasilan berpasangan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02 MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis. |
energetic fuel | bahan api bertenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Hidrokarbon tumpat yang mempunyai kadar pelepasan tenaga haba yang tinggi dan mampu terbakar pada suhu rendah. Contohnya, kubana, benzvalena dan dihidrobenzvalena. |
Compton scattering | penyerakan Compton | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi dengan elektron pada orbit yang paling luar. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Tenaga foton menjadi berkurangan menyebabkan sinar tersebut bertenaga rendah. Penyerakan Compton ini ditemui oleh Arthur Holly Compton. |
annihilation radiation | sinaran musnah habis | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sinaran sekunder yang terhasil semasa penggunaan radiografi sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi. Sinaran sekunder ini terjadi apabila elektron dan positron terhasil akibat pemusnahhabisan sinaran foton. Positron yang terhasil mempunyai tempoh hayat yang singkat, bercas positif dan berjisim sama dengan elektron serta hilang melalui penghasilan dua foton. Sinaran musnah habis terhasil apabila positron bertembung dengan elektron dan menyebabkan kedua-duanya musnah dan hilang. Pertembungan ini menghasilkan sinar gama yang bertenaga 511 keV dan bergerak ke arah bertentangan. |
low energy electron diffraction (LEED) | belauan elektron tenaga rendah (LEED) | Fizik | Nanoteknologi | Belauan elektron bertenaga 5 eV - 500 eV oleh suatu hablur. Elektron yang terserak tanpa kehilangan tenaga dipecutkan ke skrin pendarfluor untuk menghasilkan corak belauan. Belauan ini digunakan untuk mengkaji struktur permukaan hablur tunggal. |
mass spectrometry | spektrometri jisim | Herba | Tiada | Kaedah pemusnahan yang digunakan untuk menganalisis struktur suatu molekul yang dibedil oleh elektron atau proton bertenaga tinggi dan menghasilkan fragmen bercas yang spektrumnya dapat dianalisis melalui perbezaan jisim. Kaedah ini biasanya digunakan untuk elusidasi struktur komponen kimia tulen yang dipencilkan daripada bahan herba. Spektrum jisim suatu bahan herba juga digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik. |
sputtering | percikan | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Proses yang berlaku apabila zarah mikroskopik daripada pepejal dilenting keluar dari permukaannya apabila dihentam dengan zarah bertenaga kuat, plasma atau gas. |
photoelectric effect | kesan fotoelektrik | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga dari 0.01 MeV hingga 0.5 MeV dengan elektron yang berdekatan nukleus. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Kesan fotoelektrik boleh berlaku pada bahan yang bernombor atom tinggi. |
scattered radiation | sinaran terserak | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sinaran yang berubah arah tujunya setelah melalui atau diserakkan oleh sesuatu medium. Sinaran ini bertenaga rendah dan perlu dikawal semasa kerja-kerja radiografi industri sedang dijalankan. Sinaran terserak akan menurunkan kualiti imej radiografi dan boleh menyebabkan tahap kepekaan yang diperlukan tidak dapat dicapai. |