Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.teng.kar] | برتڠکر

Definisi : berbantah, berbalah, bercekcok, bertaki, bertikai: dia selalu mendengar emak dgn abangnya ~ pasal adat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.teng.kar] | برتڠکر

Definisi : saling menu­tur­kan sesuatu utk menegakkan ke­benaran masing-masing; berbantah; bertaki: Setelah puas ~, maka pergilah mereka mengadu kpd seorang hakim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengkar
Kata Terbitan : bertengkar, bertengkaran, menengkarkan, mempertengkarkan, pertengkaran,

Peribahasa

Mengadu buku lidah.

Bermaksud :

Bertengkar.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hostilitypermusuhanPsikologiPsikologi UmumCiri atau tingkah laku individu yang boleh mencabar kesabaran orang lain atau merangsang perbalahan. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya kurang mempercayai orang lain dan suka bertengkar atau bergaduh. Individu ini juga mempunyai personaliti jenis A yang biasanya berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kronik seperti kecelaruan jantung atau hipertensi. Risiko serangan penyakit kronik tersebut lebih tinggi daripada individu yang kuat merokok. Di samping itu, individu ini lebih mudah mengalami masalah kurang daya tahan terhadap penyakit.
oral stageperingkat oralPsikologiPsikologi UmumPeringkat awal kehidupan bayi yang banyak menumpukan perhatian kepada peranan mulut sebagai alat melahirkan keseronokan. Menurut Freud, sekiranya seseorang bayi kecewa atau makan dengan banyak, maka bayi itu dikatakan akan mempunyai trait mulut. Individu yang mempunyai trait mulut apabila dewasa akan memperlihatkan personaliti yang berkait dengan mulut seperti menggigit kuku semasa dalam keadaan tegang, pelahap semasa makan, suka bertengkar, sinis atau kuat mengumpat.

Kembali ke atas