antinomy | antinomi | Kesusasteraan | Tiada | Percanggahan akibat wujudnya dua prinsip yang bertentangan. Walaupun bertentangan, kebenaran masih tidak tergugat kerana sebarang percanggahan yang terbabit mampu diselesaikan. |
opposite angles | sudut bertentangan | Matematik | Tiada | Lihat sudut bertentangan bucu. |
opposite angle | sudut bertentangan | Matematik | Tiada | Sudut-sudut yang bertentangan antara satu sama lain dalam suatu bentuk geometri. |
contrapunctal rhythm | rentak bertentangan | Landskap | Tiada | Ritma corak reka bentuk bertentangan. Contohnya, corak beralun dengan corak bersegi. |
vertically opposite angles | sudut bertentangan bucu | Matematik | Tiada | Pasangan sudut yang terbentuk oleh sepasang garis yang bersilang, dan yang terletak di sebelah bertentangan titik persilangan. |
occlusal curvature | kelengkungan oklusi | Perubatan | Tiada | Kelengkungan permukaan oklusi gigi-gigi bertentangan yang bersentuhan atau permukaan rim oklusi yang bertentangan. |
dissenting opinions | pendapat bertentangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pandangan daripada hakim yang berbeza dengan pandangan pihak majoriti dalam sesuatu kes penghakiman. Pandangan ini mempunyai kedudukan yang khusus dalam penyelesaian pertikaian undang-undang antarabangsa, sama ada melalui mahkamah atau timbang tara. Dalam konteks mahkamah antarabangsa terutamanya Mahkamah Keadilan Antarabangsa, pendapat bertentangan boleh menyumbang kepada perkembangan undang-undang antarabangsa. Pendapat ini pernah digunakan oleh hakim sebagai satu platform bagi menghasilkan pandangan yang lebih berani dalam situasi yang tidak mempunyai hukum perundangan yang tetap. Contohnya, pendapat bertentangan oleh Hakim Weeramantry, seorang hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Lockerbie. Dalam kes berkenaan, beliau menyatakan bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa boleh menyemak semula keputusan Majlis Keselamatan PBB walaupun keputusan tersebut merupakan satu pandangan eksekutif atau politik yang dibuat oleh salah satu cabang utama PBB. |
balancing side | bahagian pengimbang | Pergigian | Tiada | Bahagian gigi yang bersentuhan dengan gigi bertentangan apabila rahang bawah bergerak ke sisi (lateral). Bahagian pengimbang adalah di bahagian bertentangan dengan pergerakan ke sisi mandibel. Sekiranya rahang bawah bergerak ke kanan, bahagian pengimbang adalah di sebelah kiri. Bahagian pengimbang khas ditujukan bagi gigi dentur penuh sahaja kerana bahagian ini memberi kestabilan kepada dentur dan jika terdapat gangguan, dentur akan mudah tertanggal. |
solar prominance | semarak suria | Matematik | Tiada | Lapisan gas bercahaya daripada permukaan matahari, yang kelihatan gelap apabila bertentangan dengan cakera matahari tetapi kelihatan cerah apabila bertentangan dengan langit biru dan berlaku di kawasan medan magnet mendatar. |
المحفوظ | Ḥadīth maḥfūz | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqat bertentangan dengan yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqat atau Ḥadīth yang diriwayatkan oleh beberapa orang perawi thiqat bertentangan dengan yang diriwayatkan oleh seorang perawi thiqat. |