Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
couplegandingSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan pasangan daya yang bertindak pada arah bertentangan pada paksi putaran untuk menghasilkan tork (daya kilas). Lihat juga tork.
countervoltan penentangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaArah voltan yang dihasilkan bertentangan dengan arah voltan yang diberikan.
elutriationpengelutriatanSains MarinTiadaProses menulenkan atau memisahkan zarah atau campuran dengan menggunakan aliran bendalir dan menapis secara menyiring. Kaedah pemisahan bergantung pada kelajuan bendalir yang dialirkan pada arah bertentangan dengan zarah yang biasanya aliran dari bawah ke atas. Zarah akan dipisahkan berdasarkan sifat apungan dan keupayaan zarah mengatasi rintangan aliran bendalir. Pengelutriatan biasanya digunakan dalam pengasingan organisma meiobentos daripada sedimen laut.
passing looplandasan lencongKejuruteraanTiadaRuang di landasan kereta api atau trem satu laluan yang selalunya terletak di stesen atau berhampiran. Ruang tersebut membolehkan kereta api atau trem yang bergerak dari arah bertentangan boleh melalui satu sama lain.
sprag clutchcekam sehalaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCekam dalam sistem penghantaran automatik, yang memindahkan kuasa pada satu arah sahaja, tidak pada arah yang bertentangan.
holelohongFizikNanoteknologiKekosongan yang ditinggalkan oleh elektron dalam jalur valens suatu pepejal semikonduktor apabila elektron valens teruja ke jalur konduksi. Lohong bersifat seperti zarah bercas positif elektron dan dapat bergerak untuk menghasilkan arus elektrik dalam arah yang bertentangan dengan arah arus elektron.
rechargingpengecasan semulaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaProses pengecasan semula bateri yang melibatkan pemasukan arus elektrik ke dalam bateri dalam arah yang bertentangan dengan arus yang mengalir daripada bateri apabila berlaku proses nyahcas.
incyclovergenceinsiklovergensSains KesihatanTiadaPutaran serentak dua mata bertentangan secara menegak ke arah hidung.
law of reactionhukum reaksiSains SukanBiomekanikHukum Newton Ketiga yang menyatakan bahawa bagi setiap tindakan daya, terdapat satu daya yang sama bertindak balas pada arah yang bertentangan.
anaphaseanafasaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat pembahagian sel pada mitosis atau meiosis ialah kromosom yang dua kali ganda berpisah kepada dua kumpulan yang sama dan bergerak ke arah kutub yang bertentangan. Mitosis mempunyai beberapa peringkat, iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Anafasa merupakan peringkat ketiga dalam proses mitosis, iaitu apabila ikatan pada sentromer pecah dan pasangan kromatid bergerak mengikut gentian gelendong ke arah kutub yang bertentangan.
12

Kembali ke atas