Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tin.da/] | برتيندق

Definisi : menjalankan usaha (kegiatan dll) utk sesuatu, mengambil langkah-langkah dsb utk mengatasi (menyelesaikan, menentang, dsb) sesuatu, berbuat, berlaku: ia mahu berfikir panjang sebelum ~ apa-apa; ia bersetuju ~ sbg perantaraan utk menyelesaikan perte­lingkahan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tin.da/] | برتيندق

Definisi : menjalankan se­suatu usaha atau kegiatan; bertugas: Pihak polis telah ~ mencegah kecurian di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,

Peribahasa

Makan bubur panas-panas.

Bermaksud :

Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reactionaryreaksionerSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau golongan yang akan bertindak sebagai reaksi kepada sesuatu tindakan atau keputusan. Individu ini merupakan golongan yang sensitif terhadap sesuatu isu, namun mereka tidak akan bertindak sekiranya perkara tersebut tidak ditimbulkan. Contohnya golongan mahasiswa universiti di Indonesia merupakan kelompok reaksioner yang aktif.
cross-reacting antigenantigen tindak balas silangSains ForensikTiadaAntigen yang boleh bertindak balas dengan antibodi yang penghasilannya diaruh oleh antigen lain. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, pseudoefedrina boleh bertindak balas terhadap antibodi yang dirangsangkan oleh metamfetamina dan tindak balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu.
nanoparticle reactivitykereaktifan nanozarahFizikNanoteknologiKeaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm.
masking agentagen penopenganKimiaKimia AnalisisReagen yang dapat digunakan untuk bertindak balas dengan spesies yang mengganggu dalam suatu penentuan. Misalnya ion ferik dapat ditopengkan oleh ion fluorida untuk membentuk FeF3-6 yang stabil dan tidak bertindak balas dengan reagen lain.
nascent statekeadaan nasenFizikNanoteknologiSatu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa.
personapersonaKesusasteraanTiadaPencerita yang bertindak sebagai jurucakap bagi pihak pengarang. Dalam novel dan puisi naratif, pesona dikenali sebagai pencerita pertama atau pencerita �aku�. Persona juga merujuk kepada �suara� yang dapat didengar dalam puisi. Pencerita mungkin tampil sebagai watak dalam sesebuah karya fiksyen, contohnya watak Marlow dalam novel Heart of Darkness oleh Joseph Conrad. Sebagai pencerita atau jurucakap, pandangan mereka dalam cerita merujuk kepada pendirian dan perspektif pengarang. Dalam drama, persona merujuk kepada Dramatis Personae atau watak yang dilakonkan. Persona berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �topeng�.
transgendertransjantinaPsikologiTiadaIndividu yang bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau keterampilan yang berbeza daripada jantina lahir atau biologi mereka.
astrigentastrigenHerbaTiadaHerba yang bertindak setempat untuk menegangkan permukaan kulit dan mengurangkan penyerapan membran sel melalui proses pemendakan protein. Contoh herba ini ialah manjakani.
barbituratebarbituratPerubatanPsikiatriDrug yang bertindak pada sistem saraf pusat dan boleh mendatangkan ketagihan.
isoantibodyisoantibodiPerubatanTiadaAntibodi yang bertindak dengan antigen daripada individu lain dalam spesies yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas