Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tum.pu] | برتومڤو

Definisi : menekankan (menolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tum.pu] | برتومڤو

Definisi : 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan sesuatu); 4. ki mendapat tempat ber­pegang, sudah berakar berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tum.pu] | برتومڤو

Definisi : 1 bertekan atau berpijak pd sesuatu (ttg kaki, tangan dll): Kakinya ~ pd bangku kecil. 2 ki sudah berakar umbi pd; bertapak dgn kuat: Pengaruh Islam sudah lama ~ di sini. 3 berkumpul atau berpusu-pusu di sesuatu tempat: Banyak orang yg ~ di sana kerana tanahnya subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Terbang bertumpu,
     hinggap mencengkam.

Bermaksud :

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
systemic virusvirus sistemikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang hanya bertumpu kepada fail sistem yang terpenting pada sistem pengendalian komputer yang dijangkitinya, ataupun kepada atur cara CMOS komputer tersebut. Fail sistem ini mengawal pengagihan sumber sistem seperti ruang storan, ingatan utama, keutamaan pemprosesan, dan hak capaian. Virus sistemik boleh mengarahkan supaya sumber sistem komputer bertumpu kepada proses tertentu sahaja dengan menjangkiti fail sistem.
formalismformalismeKesusasteraanTiadaKajian bentuk teks secara rapi. Kajian ini bertumpu pada aspek struktur seperti meter, rima, teknik penceritaan dan lain-lain. Pemikiran formalisme berkait rapat dengan linguistik kerana cara menganalisis bahan secara saintifik yang diamalkan dalam bidang linguistik diterapkan dalam bidang sastera. Menurut pemikiran formalisme, penulisan sastera menggunakan bahasa dengan cara yang istimewa, iaitu berbeza dengan bahasa harian. Konsep ini dikenali sebagai defamiliarisation atau penganehan. Aliran formalisme bermula di Rusia semasa Revolusi 1917. Ahli pemikir formalisme amat berpengaruh pada dekad dua puluhan di Rusia tetapi gerakan mereka diharamkan Antara tokoh formalisme Rusia yang terpenting ialah Victor Shklovsky, Boris Tomashevsky, dan Boris Eichenbaum. Lihat juga penganehan.
polarized developmentpembangunan berkutubPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBentuk pembangunan yang bertumpu di pusat pembangunan.
moro-moromoro-moroKesusasteraanTiadaDrama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme.
personal firewalltembok api peribadiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian tembok api yang dipasang pada sistem komputer peribadi yang mempunyai ciri yang setara dengan tembok api biasa. Perisian ini hanya melindungi satu sistem komputer sahaja dan lebih bertumpu kepada kawalan capaian pada tahap proses perisian di dalam sistem komputer. Perisian ini juga mengawal capaian dengan rangkaian.
paroleparoleKesusasteraanTiadaUsaha menggabungkan bahan bahasa untuk menghasilkan percakapan atau penulisan. Parole penting dalam teori strukturalisme yang mempunyai makna percakapan. Parole diperkenalkan oleh seorang ahli linguistik, Ferdinand de Saussure dengan istilah langue menunjukkan sistem atau aspek keseluruhan bahasa, iaitu semua elemen bahasa seperti tatabahasa dan sintaksis, serta kepelbagaian corak, dalam koleksi bawah sedar manusia yang dikongsi bersama. Oleh sebab langue bertumpu pada apa yang digunakan oleh manusia ketika berfikir dan memberi konsep, maka langue dianggap konsep yang abstrak. Parole pula bertumpu pada apa yang digunakan oleh manusia semasa proses percakapan dan penulisan merupakan konsep yang konkrit.
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dalam karya Julius Caesar berjudul Caesar�s Commentaries. Walau bagaimanpun, mulai kurun ke-16, bentuk autobiografi mendapat perhatian ramai, dan mula digunakan secara lumrah. Bentuk autobiografi yang dianggap terawal dihasilkan ialah Confessions oleh St. Augustine (397-399) yang mengisahkan renungannya tentang perkara yang bersifat rohaniah. Contoh lain yang terkenal ialah Grace Abounding To The Chief Of Sinners (1666) oleh John Bunyan. Autobiography oleh Benjamin Franklin (1766), Confessions oleh Jean-Jacques Rousseau (1781,1788), Dichtung und Wahrhett (Puisi dan Kebenaran) (1810-1830) oleh goethe, dan The Prelude (1850) oleh William Wordsworth. Contoh karya autobiografi dalam kesusasteraan Arab ialah Tawq al-Hamamah fi al-Ulfah wa al-Ullaf oleh Ibn Hazm al-andalusi, manakala dalam sastera Turki ialah Boyle Gelmis Boyle Gitmez oleh Aziz Nesin. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat Hikayat Abdullah (1834) oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Contoh lain ialah Sejambak Kenangan oleh A. Samad Ahmad, dan Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka. Autobiografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup sendiri�. Lihat juga bildungsroman, biografi, memoir.
tankatankaKesusasteraanTiadaPuisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme.
objective criticismkritikan objektifKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang hanya mengkaji aspek intrinsik teks sastera tanpa mengambil kira nilai ekstrinsiknya. Kritikan ini tidak memberikan perhatian kepada pengaruh hubung kait teks dengan penulis serta kehidupan yang dilaluinya, zaman teks dihasilkan atau kesan teks tersebut kepada pembacanya. Kritikan ini dipengaruhi oleh pandangan pengkritik yang melihat karya sastera sebagai hasil usaha kreatif penulis yang mempunyai sifat autonomi dan tidak dikongkong oleh pengaruh penulis lain, pembaca, dan persekitarannya. Contoh aspek intrinsik karya sastera yang dikaji melalui kaedah ini ialah elemen imbangan watak, tema, diksi, pola, dan sifat koherennya. Kajian bertumpu pada cara elemen tersebut berhubung kait dengan elemen lain untuk menghasilkan suatu teks sastera yang lengkap.

Kembali ke atas