Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Neraca palingan bungkal,
     hati palingan Tuhan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
varying annuityanuiti berubahinsuransTiadaBayaran atau pendapatan berkala yang kadarnya berubah dari masa ke semasa.
variable venture caburetorkarburetor venture berubahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKarburetor yang mempunyai saiz venturi yang berubah menurut perubahan laju dan beban enjin.
proportgional taxcukai berkadarEkonomiTiadaCukai yang kadarnya tidak berubah walaupun nilai asal cukai berubah. Dalam cukai berkadar, kadar cukai sut sentiasa sama dengan kadar cukai purata. Misalnya, cukai jualan sebanyak 5% dikenakan terhadap jumlah jualan tanpa mengira jumlah jualan tersebut.
epigenomeepigenomBioinformatikBioinformatik MolekulPerubahan kimia pada DNA organisma tanpa melibatkan perubahan bes tetapi menyebabkan struktur kromatin berubah. Perubahan ini menyebabkan fungsi tertentu pada genom berubah. Epigenom boleh diturunkan kepada generasi seterusnya.
self-encrypting virusvirus swasulitTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus swaherot yang menggunakan algoritma penyulitan bersama kekunci yang berubah pada setiap kali jangkitan. Virus ini mengubah kandungannya agar berlainan dengan tandatangan virus yang dikenali. Virus ini akan menggunakan kekunci penyulitan yang sentiasa berubah supaya bentuk virus yang tersulit sentiasa berlainan dan seterusnya menggagalkan usaha perisian antivirus yang mengumpul tandatangan virus yang baru.
mid-market ratekadar pasaran pertengahanEkonomiTiadaTitik tengah antara harga beli dan jual bagi dua mata wang pada bila-bila masa. Kadar pasaran pertengahan sentiasa berubah disebabkan oleh permintaan dan penawaran mata wang yang sentiasa berubah.
neutralized statenegara berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang berubah pendiriannya kepada tidak lagi memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersaing. Sebelum ini, negara tersebut merupakan sebuah negara yang jelas memihak tetapi telah mengalami proses peneutralan yang mengubah dasarnya kepada tidak memihak atau berkecuali. Contohnya, Jordan dalam kes Perang Teluk tahun 2003, telah berubah menjadi berkecuali apabila negaranya dian cam oleh Amerika Syarikat jika memihak kepada Iraq.
varying insuranceinsurans berubahinsuransTiadaPerlindungan insurans yang menyediakan bayaran manfaat kematian yang menurun atau meningkat.
variable incomependapatan berubahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
variable speed fankipas laju berubahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKipas enjin yang berputar tidak melebihi laju yang telah ditetapkan.
12345678910...

Kembali ke atas