Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah.u.bah]/[ber.u.bah.u.bah] | براوبه-اوبه

Definisi : sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah.u.bah]/[ber.u.bah.u.bah] | براوبه-اوبه

Definisi : tidak tetap keadaannya (rupanya, rasanya dll); sentiasa berubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
open ratekadar terbukaPelanconganTiadaKadar harga bilik yang berubah-ubah mengikut musim dan keadaan tanpa tarikh luput.
rheostatreostatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti yang mempunyai rintangan berubah-ubah dan digunakan untuk mengatur arus yang mengalir dalam litar elektrik.
ball jointsambungan bebolaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSendi yang boleh berubah-ubah kedudukannya yang mengandungi bebola di dalam soket atau selongsong, digunakan pada sistem gantungan depan dan sistem stereng.
tidal datumdatum pasang surutSains MarinTiadaUkuran aras air laut yang berubah-ubah menjadi tinggi (pasang) dan menjadi rendah (surut).
single grade oilminyak satu gredKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak enjin yang mempunyai kelikatan yang berubah-ubah mengikut suhu. Pada suhu rendah, minyak enjin mempunyai kelikatan tinggi dan menyebabkan pengengkolan enjin lebih sukar dijalankan. Ketika enjin menjadi terlalu panas dan bersuhu tinggi, kelikatan minyak menjadi sangat rendah menyebabkan minyak tersebut tidak dapat berfungsi sebagai pelincir dengan sempurna. Contohnya, minyak bergred SAE30 tidak sesuai digunakan di negara yang beriklim sederhana dan sejuk kerana kelikatannya menjadi terlalu tinggi serta menyukarkan pengengkolan enjin. Banding minyak pelbagai gred.
tidal marshrawang pasang surutSains MarinTiadaRawa yang mempunyai jumlah kandungan air yang selalu berubah-ubah disebabkan oleh pengaruh pasang surut air laut. Air selalu berganti dalam beberapa waktu mengakibatkan keadaan air menjadi tidak terlalu masin sehingga beberapa spesies fauna dan flora mampu beradaptasi dalam lingkungan ini.
closed skillkemahiran terkawalSains SukanBiomekanikKemahiran yang dihasilkan dalam persekitaran yang stabil dengan penerimaan rangsangan yang tidak berubah-ubah dan pergerakan boleh dikawal oleh pelaku. Contohnya, semasa melempar cakera, pemain perlu mengawal corak pergerakan yang akan dihasilkan dan mampu menguasai teknik lemparan yang betul.
open skillkemahiran luar kawalSains SukanBiomekanikKemahiran yang dihasilkan berdasarkan kriteria persekitaran yang dinamik, dengan penerimaan rangsangan yang sentiasa berubah- ubah dan tidak dapat dikawal oleh pelaku. Contohnya, reaksi pemain badminton apabila menerima hantaran bola tanggung daripada pihak lawan. Pemain tersebut ingin melakukan pukulan smesy tetapi dia tidak dapat meramal sama ada pukulan tersebut mampu mematikan bulu tangkis pihak lawan atau tidak.
differential weatheringluluhawa (ke) bezaanGeologiTiadaLuluhawa yang berlaku pada kadar yang berbeza-beza akibat komposisi dan ketahanan batuan yang berubah-ubah atau keamatan luluhawa yang berbeza-beza.
near field distancejarak medan dekatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak yang hampir di hadapan prob yang menyebabkan keamatan gelombang ultrasonik berubah-ubah. Jarak medan dekat ini dikenali juga sebagai medan Fresnel atau zon Fresnel. Jarak ini boleh dikira dengan formula seperti yang berikut: N = D^2/4 λ, Dengan D ialah garis pusat prob dan λ ialah jarak gelombang. Lihat juga sudut serak alur.
123

Kembali ke atas