Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang.u.lang]/[ber.u.lang.u.lang] | براولڠ-اولڠ

Definisi : 1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir): sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang.u.lang]/[ber.u.lang.u.lang] | براولڠ-اولڠ

Definisi : 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. 2 selalu berulang-alik; selalu pergi balik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Sayang selasih di Bukit Dulang,
     Diputik sedulang laut Sebandi;
Terima kasih berulang-ulang,
     Sudi menjemput kami di sini.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jangan dicatuk dengan yang tajam,
     dicencang dengan yang majal.

Bermaksud :

Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epicondylitisepikondilitisSains SukanBiomekanikRadang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan.
chain rhymerima berangkaiKesusasteraanTiadaRima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi.
relapsing feverdemam berulang-ulangKejururawatanTiadaDemam beberapa hari dan diselang dengan suhu badan normal.
jinglejingelKesusasteraanTiadaRangkap beritma yang berulang-ulang dalam puisi seperti ritma timbangan. Jingel dianggap sebagai puisi yang kurang bermutu. Kini, jingel digunakan sebagai salah satu bentuk pengiklanan menjual produk.
tictikPerubatanPsikiatriGerak-geri yang berulang-ulang dan di luar kawalan.
drilling exerciselatih tubiSains KesihatanTiadaLatihan artikulasi yang dilakukan secara berulang-ulang.
nanopositioningnanopenempatanNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanMekanisme yang mampu menghantar gerakan secara berulang-ulang dalam kenaikan kecil seperti satu nanometer.
rabbit syndromesindrom arnabPerubatanPsikiatriSindrom yang bercirikan pergerakan bibir yang berulang-ulang dan menyerupai arnab yang sedang mengunyah.
tic disordergangguan tikPerubatanPsikiatriKecelaruan atau gangguan gerak-geri yang berulang-ulang dan di luar kawalan.
power endurance runlarian ketahanan tinggiSukanTiadaLarian yang dilakukan secara berulang-ulang untuk meningkatkan daya tahan otot.
1234

Kembali ke atas