agitprop | agitprop | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera berunsur propaganda untuk mempengaruhi dan mendoktrin khalayak. |
wit | wit | Kesusasteraan | Tiada | Kenyataan yang bijak, lucu serta berunsur sindiran sebagai respons terhadap sesuatu situasi. |
antiphrasis | antifrasis | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan atau frasa yang berunsur ironis, sindiran, satira atau humor untuk menyampaikan sesuatu maksud yang bertentangan. |
scatology | skatologi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal merangkumkan karya yang bercorak lucah dengan karya berunsur humor kasar. Contoh karya skatologi ditemui dalam novel Shit, novelet Muntah dan cerpen �Kentut� oleh Shahnon Ahmad. Skatologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �pengetahuan najis�. |
curriculum design | reka bentuk kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Reka bentuk organisasi berunsur kurikulum dalam satu entiti yang merangkumi matlamat, objektif, isi kandungan, pengalaman pembelajaran dan pendekatan penilaian berasaskan falsafah dan teori pembelajaran kurikulum yang berkaitan. Dalam persekitaran e-pembelajaran, reka bentuk kurikulum merujuk kepada proses pembangunan dan penyusunan program pengajian, kursus atau tahap pembelajaran secara terancang dan sistematik dengan matlamat untuk memperbaik sesi pembelajaran pelajar. Proses ini juga dapat memastikan objektif pembelajaran sejajar dan saling melengkapi dalam setiap peringkat pendidikan. |
anatomy | anatomi | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang memperlihatkan suatu analisis yang logis atau berbentuk ilmiah dan berunsur falsafah. |
thought stopping | hentian fikiran | Perubatan | Psikiatri | Teknik terapi kognitif tingkah laku yang dilakukan terhadap pesakit untuk menghentikan fikiran automatik yang berunsur negatif. |
anthropomorphism | antropomofisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen �Langit Makin Mendung� oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti �manusia dan bentuk�. Lihat juga bertiari. |
masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi Arab yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu. Ia mempunyai empat baris bersajak berpasangan. Isinya ialah untuk melahirkan perasaan kasih sayang dan pemujaan terhadap orang Temama, memuja semangat kepahlawanan dan ada juga berunsur falsafah atau fikiran yang mengandungi pengajaran. Setakat mi yang ada hanyalah bentuk masnawi yang diterjemahkan atau yang dipetik secara langsung. Contohnya, Umar yang adil dengan perinya, Nyatalah pun adil sama sendirinya Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat yang benar dan sungguh. Dengan bedah antara isi alam. Ialah yang besar pada siang malam. Lagipun yang menjauhkan segala syiar. Imamulhak di dalam padang Mahsyar, Barang yang hak taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu. |
lullaby | dodoi | Kesusasteraan | Tiada | Lagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul. |