Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.rus]/[ber.u.rus] | براوروس

Definisi : 1. berhubungan utk menyelesaikan sesuatu perkara dll: Pak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu yg baru itu; 2. dijaga (terpelihara) dgn baik, tersusun rapi: tidak ~ kamar ini; rambutnya tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.rus]/[ber.u.rus] | براوروس

Definisi : 1 berhubung dgn pihak-pihak tertentu utk menyelesaikan sesuatu perkara. 2 dijaga dgn baik; bersusun rapi: Rambutnya spt tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
discount brokerbroker diskaunPentadbiran PerniagaanTiadaBroker yang berurus niaga dengan komisen yang kecil.
Islamic financial marketpasaran kewangan IslamEkonomiEkonomi IslamPasaran yang berurus niaga dengan instrumen kewangan Islam, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Pasaran ini boleh dibahagikan kepada pasaran modal Islam, pasaran wang secara Islam dan pasaran pertukaran asing. Kewujudan pasaran ini memerlukan infrastruktur seperti undang-undang, garis panduan dan tempat urus niaga. Pasaran ini menentukan jumlah tabungan dan menentukan kadar pulangan serta harga instrumen kewangan.
market makerpenggerak pasaranPentadbiran PerniagaanTiadaEjen sekuriti yang melabur dan berurus niaga dalam inventorinya serta mendapat keuntungan daripada harga bida dan harga tawaran.
resident agentejen tempatanPentadbiran PerniagaanTiadaEjen yang bermastautin di tempat ia berurus niaga insurans.
‘akad fuduliakad tanpa keizinanPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh pihak yang berurus niaga harta dan pihak tersebut tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu. Mengikut mazhab Hanafi, akad fuduli hanya sah sekiranya pemilik harta memberi keizinan. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, akad fuduli terbatal dan tidak sah.
secondary boycotpulau sekunduerPentadbiranTiadaUsaha kesatuan sekerja yang cuba mendorong pihak ketiga berhenti berurus niaga dengan sesebuah syarikat.
direct writer (reinsurance)pengunderait langsung (reinsurans)Pentadbiran PerniagaanTiadaInsurer yang bertindak sebagai reinsurer dan yang berurus terus dengan insured.
ikrahpaksaanPerniagaan IslamTiadaGesaan atau kekerasan yang melanggar syarak, yang dilakukan oleh individu semasa berurus niaga. Ikrah dilakukan tanpa kerelaan sama ada melalui perkataan atau perbuatan dan hukum kaedah ini tidak sah. Ikrah terbahagi kepada dua, iaitu ikrah mulji’ dan ikrah ghayr mulji’.
block housefirma blokPentadbiran PerniagaanTiadaFirma broker yang mempunyai keupayaan kewangan dan kepakaran perniagaan untuk berurus niaga secara blok.
member firmfirma ahliPentadbiran PerniagaanTiadaAhli pasaran sekuriti, hadapan dan opsyen yang mempunyai lesen untuk berurus niaga.
12

Kembali ke atas