social isolation | pemencilan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya. |
vested interest | kepentingan diri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepentingan yang dimiliki oleh seseorang, ekoran daripada kedudukan istimewa orang lain yang menguntungkan belia. Keadaan yang memberi kelebihan ini biasanya bersifat kepentingan peribadi dan individu yang memiliki kepentingan tersebut dapat menikmati keuntungan selagi kedudukan kuasanya tidak berubah. lndividu ini akan berusaha untuk memelihara kedudukan sedemikian demi mengekalkan kepentingan dirinya. Contohnya, seorang menteri besar boleh mempengaruhi mesyuarat Exco kerajaan negeri bagi meluluskan penjualan tanah yang dipohon oleh anggota keluarganya kerana beliau juga memiliki kepentingan diri hasil daripada keputusan yang dibuat. |
litotes | litotes | Kesusasteraan | Puisi | Pengucapan atau penuturan yang bersifat kiasan dan mengarah kepada memperkecilkan sesuatu hal atau peristiwa yang terjadi. Penggunaan unsur litotes ini bertujuan untuk menunjukkan kerendahan diri penutur atau penyair. Contohnya, "Kalau adil masa Iapang singgahlah ke pondok kami". Dalam konteks ini perkataan pondok itu mungkin realitinya sebuah rumah besar. |
acquired anomaly | anomali perolehan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ciri pada organisma yang berkembang semasa hayatnya. Anomali perolehan tidak terdapat dalam DNA, maka ciri ini tidak boleh diwarisi, tetapi terhasil daripada pengaruh persekitaran. Contoh anomali perolehan adalah seperti kalus pada jari, saiz otot kaki yang besar disebabkan kekerapan berlari, perubahan pada fungsi organ akibat tidak digunakan atau kemalangan. Kelakuan yang membantu organisma hidup juga dianggap sebagai anomali perolehan. Contohnya, keupayaan menyembunyikan diri daripada pemangsa. |
oriental despotism | kuku besi ketimuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan. |