revolution | revolusi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama. |
mass movement | pergerakan massa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perhimpunan secara besar-besaran yang dipengaruhi oleh sesuatu isu, kepimpinan atau kejadian. Orang ramai yang dimobilisasikan secara bersama ini akhirnya akan mendesak kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka serta mengharapkan keputusan yang segera. Sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi oleh pemerintah, ia boleh menjadi serius dan membawa kepada ketidakstabilan politik. Pergerakan Reformasi di Indonesia pada tahun l998 dapat dianggap sebagai pergerakan ramai yang menuntut peletakan jawatan Presiden Soeharto. Sinonim pergerakan ramai. |
mega-event | acara mega | Pelancongan | Tiada | Acara yang dikendalikan secara besar-besaran seperti perlumbaan kereta F1, Sukan Olimpik dan pertunjukan LIMA. |
reformation | reformasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penyusunan semula sesuatu perkara secara besar-besaran seperti penyusunan tanah negara, rombakan undang-undang atau perlembagaan, penyemakan semula sistem pendidikan atau pemurnian kembali ajaran agama sesebuah masyarakat. Perubahan yang menyeluruh dilakukan apabila sesuatu keadaan itu tidak Iagi memberi manfaat seperti yang diharapkan. Oleh itu, pembaharuan perlu dilakukan supaya keadaan ini tidak menjadi Iebih buruk. Contohnya, Dasar Ekonomi Baru merupakan salah satu bentuk pembaharuan dalam menyusun semula masyarakat Malaysia. Sinonim pembaharuan. |
swing vote | undi beralih | Sains Politik | Politik Perbandingan | Undi yang berpindah secara besar-besaran dari satu pihak kepada pihak lain. Perpindahan undi yang besar ini berlaku kerana faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi, konflik kepimpinan yang berlaku atau pentadbiran yang lemah sehingga menyebabkan pengundi secara beramai-ramai mengalihkan sokongan mereka kepada pihak lain. Keadaan ini boleh menyebabkan satu kawasan yang biasanya menjadi penguasaan suatu parti itu tewas dan mula dikuasai oleh parti lain. Contohnya, undi kepada parti PAS Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berpindah kepada BN pada tahun 2004. Sinonim undi berpindah. |
youthquake | gempa belia | Sosiologi | Tiada | Perubahan budaya, politik atau sosial yang berlaku secara besar-besaran hasil daripada tindakan atau pengaruh orang muda. |
transmigration programme | program transmigrasi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Rancangan perpindahan penduduk secara besar-besaran dalam masa yang singkat ke satu kawasan pembukaan tanah baharu sebagaimana yang dilakukan di Indonesia. |
exemption for manufacture | pengecualian pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pelepasan daripada mengeluarkan produk secara besar-besaran untuk tujuan pendaftaran sampel produk. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Produk (DRGD), pengecualian ini hanya terpakai untuk produk tempatan. |
popular assembly | badan perwakilan rakyat; assembli popular | Sejarah | Tiada | Pertunjukan atau penyampaian yang diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh perwakilan yang dipilih rakyat dalam sesebuah negara. |
economies of scale | ekonomi bidangan | Ekonomi | Tiada | Pengurangan kos purata jangka panjang hasil daripada pengeluaran secara besar-besaran. Pengurangan kos ini berpunca daripada pembelian secara pukal, peningkatan daya pengeluaran hasil daripada pembahagian dan pengkhususan kerja, dan penggunaan teknologi dan pengurusan yang cekap. |