Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
counterfeit productproduk palsuHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang ditiru dan disalah label dengan sengaja dari segi aspek identiti dan/atau sumbernya. Produk palsu termasuk produk yang mengandungi bahan betul atau bahan salah, mengandungi kuantiti bahan aktif yang tidak betul, tanpa mengandungi bahan aktif, atau mempunyai pembungkusan palsu.
orthographyortografiKesusasteraanTiadaSistem ejaan sesuatu bahasa yang betul dan standard. Sistem ejaan bahasa Melayu amat diperlukan dalam kajian filologi terutamanya yang melibatkan naskhah Melayu lama.
aggramaticaltak bertatabahasaSains KesihatanTiadaAyat yang tidak mengikut tatabahasa yang betul.
truthful presentationpersembahan jujurHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat keberkesanan produk kosmetik yang betul, tepat dan dipercayai tepat berasaskan bukti terkini serta boleh diterima umum. Persembahan jujur dipamerkan atau dinyatakan dalam bentuk iklan, label atau sisip pada bungkusan dan risalah. Pemegang pemberitahuan kosmetik harus mematuhi persembahan jujur yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Kosmetik di Malaysia.
moral compasskompas moralUmumTiadaKemampuan atau keupayaan untuk menilai perbuatan yang betul dan salah serta berkelakuan dengan cara yang sesuai.
self-monitoringswapantauSains KesihatanTiadaPerbuatan melakukan pemerhatian sendiri untuk menilai sesuatu sama ada betul atau salah.
forced-choice assessmentpentaksiran pilihan jawapanPendidikanTiadaPendekatan pentaksiran yang meminta pelajar memilih jawapan betul daripada pilihan jawapan yang disediakan. Keputusan ujian dibuat dengan membandingkan tindak balas pelajar terhadap kunci jawapan.
impositionimposisi-TiadaProses menetapkan halaman pada kertas cetak supaya hasil lipatan mengikut urutan halaman yang betul.
visual distractorganggunan visualSains KesihatanTiadaSuatu pilihan salah yang kelihatan hampir serupa dengan pilihan yang betul.
semantic distractorganggunan semantikSains KesihatanTiadaSesuatu pilihan yang salah yang mempunyai hubungan makna dengan pilihan yang betul.
12345

Kembali ke atas