Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul pada


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
valve guidepandu injapKejuruteraan AutomotifEnjinLubang yang menempatkan batang injap untuk menggelongsor di dalamnya dan menetapkan injap pada jajaran yang betul. Sebahagian daripada pandu injap ini adalah daripada jenis rod berlubang yang ditekan pada kedudukannya. Pada sesetengah enjin, lubang ini dibentuk terus dalam blok enjin atau kepala silinder.
black-out dimensionkesan luas dimensiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKesan akibat pita perekat yang dilekatkan pada dimensi yang tidak betul.
wheel alignmentpenjajaran rodaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKaedah ujian dan pelarasan yang dilakukan pada roda dan tayar untuk memastikan roda dan tayar berada pada kedudukan yang betul.
impositionimposisi-TiadaProses menetapkan halaman pada kertas cetak supaya hasil lipatan mengikut urutan halaman yang betul.
system crashranap sistemTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang berlaku pada sistem pengendalian apabila suatu ralat atau konflik pada atur cara menyebabkan sistem pengendalian tidak boleh berfungsi dengan betul dan semua proses yang sedang diuruskan oleh sistem pengendalian perlu dihentikan sehingga masalah diselesaikan. Contohnya, serangan penafian layanan (DoS) boleh menyebabkan sistem pengendalian terbeban sehingga pengendalian biasa tidak boleh dijalankan.
black-out border linekesan luar garisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKesan akibat pita perekat yang dilekatkan pada garis sempadan secara tidak betul.
crashranapTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang berlaku pada aset sistem komputer apabila suatu kerosakan atau kesilapan penggunaan menyebabkan aset sistem komputer berkenaan seperti perisian atau papan ibu tidak dapat berfungsi dengan betul.
instrumental errorralat alatanKimiaKimia AnalisisRalat yang timbul daripada sebarang kecacatan yang terdapat pada alatan yang digunakan dalam analisis. Contohnya ralat yang timbul daripada penggunaan buret atau neraca analisis yang tidak betul tentukurannya.
spatial disorientationpenanaran/disorientasi ruangAeroangkasaTiadaKetidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk.
truthful presentationpersembahan jujurHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat keberkesanan produk kosmetik yang betul, tepat dan dipercayai tepat berasaskan bukti terkini serta boleh diterima umum. Persembahan jujur dipamerkan atau dinyatakan dalam bentuk iklan, label atau sisip pada bungkusan dan risalah. Pemegang pemberitahuan kosmetik harus mematuhi persembahan jujur yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Kosmetik di Malaysia.
12

Kembali ke atas