antithetical contradictive/antithetis contradictive | antitetis kontradiktif | Kesusasteraan | Tiada | Satu ragam gaya bahasa yang berlawanan atau berbeza. Contoh: Biar mati anak, Jangan mati adat ; Adat dipakai baru, Kain dipakai usang ; Dianjak layu, Direbus mati. |
distribution | taburan | Matematik | Tiada | Fungsi yang menggambarkan kebarangkalian sesuatu pemboleh ubah rawak mengambil nilai-nilai tertentu. Katalah X suatu pemboleh ubah rawak yang mengambil nilai-nilai nyata. Biar R menandakan set semua nombor nyata. Bagi A ⊆ R, P (X ∈ A) mewakili kebarangkalian bahawa nilai X terletak dalam A. Taburan bagi pemboleh ubah rawak X bermaksud bagaimana nilai P (X ∈ A) berubah dengan set A. Jika X ialah pemboleh ubah rawak jenis diskret, taburan X memang ditetapkan oleh nilai P (X = u) bagi semua u ∈ R. Fungsi f(u) = P (X = u) bagi u ∈ R dikenali sebagai fungsi ketumpatan kebarangkalian bagi X. Jika X ialah jenis selanjar, fungsi F (x) = P (X ≤ x) bagi x ∈ R dapat menentukan taburan X; F dikenali sebagai fungsi taburan bagi X. |
fairness bias | bias kesaksamaan | Psikologi | Psikologi Umum | Bias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah. |