estrangement | penganehan | Kesusasteraan | Tiada | Strategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya �Art as Technique�, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul �Tan Sri Bulan�. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut. |
magical realism | realisme magis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik. |
cryptotext attack | serangan kriptoteks | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan yang dilakukan untuk mendapatkan teks utama dengan menggunakan kaedah kriptosistem termasuk teks sifer, teks biasa yang diketahui, teks biasa yang dipilih dan teks sifer yang dipilih. |
bestiary | bestiari | Kesusasteraan | Tiada | Karya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memiliki sifat manusia. Antara yang terkenal ialah kisah tentang kuda terbang, ikan duyung dan garuda. |
ordinary ray | sinar biasa | Fizik | Tiada | Salah satu daripada dua sinar yang diperolehi dalam pembelahan sinar yang menuju ke hablur ekapaksi yang tak isotrop. Sinar ini mematuhi hukum biasan. bd. sinar luar biasa. |
lyrical novel | novel lirik | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memanfaatkan ciri-ciri sebuah novel biasa dan ciri-ciri puisi lirik. Penulisan novel lirik berlegar pada emosi dan psikologi watak berbanding pembinaan plot seperti yang biasa ditemui dalam novel konvensional. Novel ini lebih menekankan puisi lirik yang menyentuh perasaan penulis tentang sesuatu perkara dan pemaparannya melalui imejan. Contoh sastera Indonesia ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG. Lihat juga imejan, lirik, novel. |
normal-error curve | keluk ralat normal | Kimia | Kimia Analisis | Keluk berbentuk loceng yang menunjukkan kebarangkalian suatu nilai yang berbeza daripada min pada keadaan biasa. Ia juga dikenali sebagai keluk biasa taburan Gaussan dan keluk taburan normal. |
prose poem | sajak prosa | Kesusasteraan | Tiada | Sajak berbentuk prosa, ditulis tanpa tertakluk kepada ciri-ciri puisi yang biasa, iaitu pola, irama, dan susunan baris. Sajak prosa mempunyai bentuk yang lebih longgar dan kurang teratur berbanding dengan sajak biasa. Oleh sebab itu, sajak prosa dapat memuatkan lebih banyak maklumat tentang hal-hal yang ditempuhi dalam kehidupan seharian. Sajak prosa mengandungi unsur hiburan dan pengajaran, di samping mempunyai nada yang lucu atau mencemuhkan. Dalam sastera Melayu, sajak �Proem� oleh Syed Muhammad Naquid al-Attas dalam bukunya A Commentary on the Hujjatu�l-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Contoh sajak prosa ditemui dalam �The Love Song of J.Alfred Prufrock� oleh T.S. Eliot dan sajak �Lirik untuk Improvisasi Jaz� oleh Sapardi Djoko Damono. Sajak prosa dalam kesusasteraan Arab ditemui dalam Maqamat Badi� al-Zaman al-Hamdhani oleh Badi�al-Zaman al-Hamadhani. |
romance | roman | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirnya ditulis dalam bentuk prosa. Koleksi Kisah Seribu Satu Malam dari Timur Tengah banyak mempengaruhi karya roman Eropah. Pada Zaman Pertengahan Eropah, karya roman mengandungi tiga peringkat utama: Pertama, mengenai Britain yang termasuk kisah Arthur yang diceduk daripada Breton Lays. Kedua, mengenai Rome yang mengaitkan kisah Alexander, peperangan Trojan dan Thebes, dan Ketiga, mengenai perancis yang berkaitan Charlemange dan kesateriaannya. Di Britain, roman bangsawan berjudul Sir Gawain and the Green Knight ditulis pada abad ke-14. Pada abad selepasnya, Sir Thomas Mallory menulis karya prosa bertajuk Le Morte Darthur dan karya itu dihasilkan dalam bentuk prosa. Penulis terkenal dalam Kesusasteraan Barat yang menghasilkan karya roman sehingga abad ke-17 termasuklah, Spenser (Faerie Queene), Sidney (Arcadia � 1590), Chaucer (Tale of Sir Thopas), dan Cervantes (Don Quixote � 1605). Pada abad ke-18, elemen roman masih ada dalam novel, tetapi elemen ini menekankan kisah seharian, sosial, dan domestik � kecuali novel yang berbentuk pikares. Antara penulis terkenal dengan karya roman selepas abad ke-18 ialah Keats, Coleridge, Shelly, Hawthorne, dan Meredith. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa novel tulisan Joseph Conrad berjudul Lord Jim (1900) dan Romance (1903) tergolong dalam kategori roman kerana elemen luar biasa, esotik, asing dan sifat berlebihan dalam karyanya. Contoh paling terkenal penulis novel roman sastera Inggeris moden ialah Emily Bronte melalui novelnya berjudul Wuthering Heights. Istilah roman berasal daripada bahasa Perancis lama romaunt dan roman yang bermaksud �lirik roman istana�. |
gene expression measurement | pengukuran pengekspresan gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Merujuk kepada ukuran paras produk gen, sama ada RNA atau protein. Kaedah pengukuran RNA yang biasa digunakan ialah teknik pemblotan Northern dan mikrotatasusunan. Manakala, contoh kaedah pengukuran protein yang biasa ialah teknik pemblotan Western dan ELISA. |