Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
macerationmaserasiHerbaTiadaProses pengekstrakan secara rendaman bahan herba dengan bahan pelarut akueus, organik atau minyak sayuran dalam bekas yang tertutup pada tempoh tertentu. Nisbah bahan herba dengan pelarut yang biasa digunakan ialah 1:5 atau 1:10. Terdapat empat teknik maserasi, iaitu maserasi ringkas, maserasi kinetik, maserasi ulang dan pencernaan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tidak tahan haba bagi mengekalkan keutuhan komponen kimia. Sinonim pemaseratan.
firing orderjujukan nyalaanKejuruteraan AutomotifEnjinTurutan pembakaran dalam silinder yang digunakan oleh enjin multisilinder empat lejang untuk menjana lejang kuasa yang bermula dengan silinder 1. Turutan ini ditentukan bagi men- capai keseimbangan dinamik keseluruhan enjin. Turutan yang biasa digunakan oleh enjin empat silinder segaris ialah 1-3-4-2 atau 1-2-4-3, manakala turutan untuk enjin enam silinder sebaris biasanya ialah 1-5-3-6-2-4.
dietdietSains KesihatanTiada1. Makanan dan minuman yang biasa diambil. 2. Pengambilan makanan yang mengikut regimen atau saranan.
lametempang; lame (fabrik)PerubatanTiada1. Tempang: Perihal penyimpangan gaya jalan yang lain daripada biasa.
fluteflutKejuruteraanTiada1. Jalur yang berlekuk pada tiang kisi, birai, dsbnya. 2. Alur membujur yang biasa terdapat di atas batang pokok.
broadbandjalur lebarTeknologi MaklumatTiadaMuatan penghantaran bagi sesuatu talian penghantaran seperti rangkaian komunikasi, bas komputer atau saluran komputer. Dalam komunikasi analog, jalur lebar diukur dalam Hertz (kitaran per saat). Dalam komunikasi digital, jalur lebar diukur dalam bit per saat (bps). Contohnya jalur lebar talian T-1 adalah 1.54Mbps manakala jalur lebar talian telefon biasa adalah 28.8 Kbps.
port-to-port coverageperlindungan pelabuhan ke pelabuhaninsuransTiada1. Jangka masa pelindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli. 2. Bagi insurans kapal, jangka masa perlindungan bermula apabila kapal berlayar sehingga ke pelabuhan yang dituju.
sleeperlandasanPerhutananTiada1. Kayu yang digergaji atau ditarah mengikut ukuran piawai tertentu bagi mengalas rel kereta api yang digunakan secara langsung atau dengan menggunakan alat khas. Spesies kayu yang biasa digunakan ialah kayu keruing dan kempas yang diawet. 2. Kepingan kayu yang kuat yang disusun di atas tanah untuk menyokong atau mengalas kayu-kayu lain untuk tujuan tertentu, misalnya untuk pengeringan.
touchsafe systemsistem sentuh selamatTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyalihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau cap jari palsu yang mungkin dibenamkan pada jari sintetik.
alpha helixpilin alfaFizikNanoteknologiStruktur protein berbentuk pilin hasil susunan sejumlah asid amino dan merupakan struktur yang biasa bagi kebanyakan protein. Lebar pilin sekitar 5 �. Setiap asid amino mempunyai lingkaran 100� dalam pilin dan berpadanan dengan translasi 1.5 � sepanjang paksi pilin. Pilin tersusun padat sehingga hampir tiada ruang kosong di dalamnya.
12

Kembali ke atas