Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.bi] | بيبي

Definisi : 1. Id panggilan kpd orang perempuan yg agak tua, mak cik; 2. sl panggilan kpd orang yg sudah bersuami, nyonya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parablecerita ibaratKesusasteraanTiadaCerita yang singkat dan bersifat didaktik. Cerita ini bertujuan menyampaikan sesuatu prinsip agama, pengajaran moral atau hakikat umum dengan cara yang menarik. Pengarang cerita ibarat biasanya menggunakan perbandingan alegori atau persamaan antara unsur cerita dengan isu moral atau falsafah agar pengisahannya mudah difahami, hidup dan berkesan. Unsur pengajaran dalam cerita ibarat wujud secara tidak ketara. Naratif direka untuk memberikan penjelasan secara tersirat, umpamanya melalui analogi dengan peristiwa sebenar yang biasanya mengandungi nilai-nilai agama. Seperti yang terungkap dalam Bible, bentuk cerita ibarat merupakan kaedah pengajaran jesus yang terkenal, dan meninggalkan kesan yang berkekalan dalam tradisi alegori didaktif sastera Barat. Dalam sastera Timur, contoh yang ditemui dalam cerita berbingkai, Hikayat Bayan Budiman. Kisah ini merupakan rangkaian cerita ibarat yang dikisahkan oleh Burung Bayan kepada Bibi Zainab bagi mengelakkannya berbuat curang. Cerita ibarat juga mengandungi unsur fantasi, digunakan dalam cereka sains atau fantasi yang bersifat satira dan memberikan nilai pengajaran. Cerita ibarat berasal daripada bahasa Yunani parable yang bermaksud �perbandingan dan bidalan�. Lihat juga berbingkai, fantasi, satira.

Kembali ke atas