Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.da.lan] | بيدلن

Definisi : kata-kata yg sering kali disebut, dan yg mengandungi nasihat, peringatan, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.da.lan] | بيدلن

Definisi : susunan kata(-kata) yg tertentu dan mempunyai erti yg khusus (biasanya berisi pengajaran, peringatan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bidalanbidalanKesusasteraanTiadaSusunan kata-kata yang mengandungi unsur nasihat dan peringatan. Contoh: �Untung semangkuk, rugi sebelanga�
proverbbidalanKesusasteraanPuisiPepatah atau peribahasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya isi ataupun amanat yang terkandung dalam sesuatu bidalan itu merupakan nasihat, peringatan, sindiran dan juga panduan hidup. Penyusunan kata� katanya juga lurus dan sederhana supaya dalam maksud yang hendak disampaikan mudah difahami oleh khalayak. Contohnya, seperti di bawah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
aphorismaforismeKesusasteraanTiadaUngkapan ringkas yang mengandungi nasihat, panduan dan sindiran seperti bidalan atau pepatah.
tamsiltamsilKesusasteraanTiadaMisalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kamu tersesak.
perbilanganperbilanganKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba.
epigramepigramKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
parablecerita ibaratKesusasteraanTiadaCerita yang singkat dan bersifat didaktik. Cerita ini bertujuan menyampaikan sesuatu prinsip agama, pengajaran moral atau hakikat umum dengan cara yang menarik. Pengarang cerita ibarat biasanya menggunakan perbandingan alegori atau persamaan antara unsur cerita dengan isu moral atau falsafah agar pengisahannya mudah difahami, hidup dan berkesan. Unsur pengajaran dalam cerita ibarat wujud secara tidak ketara. Naratif direka untuk memberikan penjelasan secara tersirat, umpamanya melalui analogi dengan peristiwa sebenar yang biasanya mengandungi nilai-nilai agama. Seperti yang terungkap dalam Bible, bentuk cerita ibarat merupakan kaedah pengajaran jesus yang terkenal, dan meninggalkan kesan yang berkekalan dalam tradisi alegori didaktif sastera Barat. Dalam sastera Timur, contoh yang ditemui dalam cerita berbingkai, Hikayat Bayan Budiman. Kisah ini merupakan rangkaian cerita ibarat yang dikisahkan oleh Burung Bayan kepada Bibi Zainab bagi mengelakkannya berbuat curang. Cerita ibarat juga mengandungi unsur fantasi, digunakan dalam cereka sains atau fantasi yang bersifat satira dan memberikan nilai pengajaran. Cerita ibarat berasal daripada bahasa Yunani parable yang bermaksud �perbandingan dan bidalan�. Lihat juga berbingkai, fantasi, satira.

Kembali ke atas