graininess | kebijian | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Saiz biji-biji emulsi yang terdapat atas permukaan filem, yang berfungsi untuk menentukan klasifikasi filem tersebut. Contohnya, filem laju mempunyai kebijian emulsi yang kasar dan memerlukan masa dedahan yang pendek, tetapi memberikan kualiti imej sederhana. Filem perlahan pula mempunyai kebijian emulsi yang halus serta memerlukan masa dedahan yang agak panjang, tetapi memberikan kualiti imej yang tinggi. |
seed | biji | Herba | Tiada | Organ pembiakan tumbuhan yang terhasil daripada ovul yang telah tersenyawa dan mengandungi embrio, makanan tersimpan dan kulit pelindung. Biji utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, biji bijan, biji habatussauda, biji kopi dan biji popi (kaskas). Biji yang halus digunakan tanpa perlu dikisar. Contohnya, biji selasih. |
flaxseed ore | bijih biji peluru | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
flaxseed ore | bijih biji beluru | Geologi | Tiada | Mendapan endapan yang mengandung besi, misalnya bijih clinton, terdiri daripada oolit hematit berupa bentuk cakera yang telah agak terpipih selari dengan satah pelapisan. |
herbs | herba | Herba | Tiada | Bahan yang mencakupi bahan herba mentah seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kayu, kulit kayu, akar, rizom, atau bahagian asal yang lain, berfragmen, atau serbuk. Herba mencakupi keseluruhan tumbuhan yang berguna dalam perubatan, perisa, pewarna, wangian dan lain-lain. Contohnya, tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, pandan dan kunyit. |
defatted soybean meal | tepung soya nyahminyak | Perikanan | Akuakultur | Bahan sampingan atau hampas yang diperoleh selepas biji kacang soya diekstrak untuk penghasilan minyak. Tepung soya nyahminyak digunakan sebagai sumber protein tumbuhan dalam penyediaan makanan rumusan ikan. Kandungan proteinnya adalah antara 44% – 48%. |
morphological classification | pengelasan morfologi | Herba | Tiada | Pengelasan herba yang dibahagikan mengikut kumpulan seperti daun, bunga, buah, biji, keseluruhan tumbuhan, kayu, kulit kayu, rizom, akar, lateks, ekstrak, gam, resin, minyak, lemak dan lilin. Pendekatan pengelasan berdasarkan kumpulan ini mempunyai kelebihan untuk kajian herba. Contohnya, pengenalpastian serbuk herba, lazimnya berasaskan ciri mikromorfologi. |
medicinal plant | tumbuhan ubatan | Herba | Pemiawaian | Sebarang tumbuhan yang keseluruhan bahagian atau sebahagiannya, iaitu akar, daun, biji, batang atau bunga yang digunakan untuk tujuan perubatan. |
conjunctiva | konjunktiva | Kejururawatan | Tiada | Membran mukus lut sinar yang mengalas permukaan dalam kelopak mata dan bahagian depan biji mata yang terdedah. |
xylose | xilosa | Herba | Tiada | Formula C5H10O5. Gula pentosa aldosa yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan berkayu seperti dalam lalang, tebu dan serat biji yang berguna dalam pemanis bukan nutritif. Xilosa dikenali juga sebagai gula kayu. |