Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : isi buah yg dapat ditanam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji buah

Puisi
 

Buah kesebak terasa manis,
     Mari dicampur biji selasih;
Bercerai emak tidak menangis,
     Inikan pula bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anise (Pimpinella anisum)jintan manis (Pimpinella anisum)SosiologiTiadaBiji buah matang kering Pimpinella anisum yang digunakan dalam pembuatan minyak anis, sebagai rempah dan perisa dalam makanan atau minuman.
anise (Pimpinella anisum)jintan manis (Pimpinella anisum)PerubatanTiadaBiji buah matang kering Pimpinella anisum yang digunakan dalam pembuatan minyak anis, sebagai rempah dan perisa dalam makanan atau minuman.
anise (Pimpinella anisum)jintan manis (Pimpinella anisum)PertanianTiadaBiji buah matang kering Pimpinella anisum yang digunakan dalam pembuatan minyak anis, sebagai rempah dan perisa dalam makanan atau minuman.
acornbuah oakPentadbiran PerniagaanTiada2. Biji buah oak yang biasanya dikelilingi oleh kelongsong buah yang keras.
isolationpemencilanHerbaTiadaProses pengasingan atau pemisahan sebatian kimia daripada campuran dalam suatu ekstrak atau fraksi herba. Proses ini boleh dilakukan secara pengekstrakan cecair-cecair dan kromatografi. Contohnya, pemencilan miristisin daripada biji buah pala.
CobTongkolPertanianAgronomi

Bahagian buah jagung di mana biji-biji jagung melekat. Jagung boleh dimakan terus daripada tongkol ini atau biji jagung boleh diasingkan daripada tongkol.

volatile oil determinationpenentuan minyak meruap/patiHerbaTiadaProsedur penentuan kandungan minyak meruap/pati dalam bahan herba. Nilai peratusannya merupakan ukuran kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan minyak biasanya meruap/pati dalam sejumlah berat bahan diukur dengan kaedah penyulingan stim menggunakan peralatan Clavenger. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai minyak meruap/pati bagi biji buah pelaga ialah tidak kurang daripada 4.0%v/w dan bagi kulit kayu manis ialah tidak kurang daripada 1.0%v/w.
Areca catechuPinangPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerahan apabila masak. Asalnya ditanam untuk kegunaan bijinya, kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daun digunakan secara luaran untuk rawatan demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih, digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan.
Annona muricatadurian belandaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok bersaiz kecil dalam famili Annonaceae. Tumbuhan ini berasal dari negara Amerika beriklim tropika. Daunnya jenis tunggal, bertekstur tebal dan berwarna hijau gelap. Bunganya jenis tunggal, bersaiz besar dan berwarna kuning kehijau-hijauan. Buahnya besar, berbentuk ovoid dan mengandungi banyak biji. Buah muda berwarna hijau dan bertukar hijau kekuning-kuningan apabila masak. Isi buahnya berwarna putih, menjadi lembut dan berair apabila masak. Bijinya berwarna perang hitam, berbentuk lonjong dan keras. Air rendaman daun digunakan secara luaran untuk merawat demam, masalah kulit, batuk dan sakit sendi. Buah muda dimakan untuk merawat cirit-birit. Buah yang masak boleh dimakan dan dibuat jus.
Areca catechupinangHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerah-merahan apabila masak. Pada asalnya, pinang ditanam untuk kegunaan bijinya tetapi kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih dan digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan.
12345678910

Kembali ke atas