Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bil] | بيل

Definisi : penyata bertulis tentang caj bagi barang dan perkhidmatan yg telah diterima: ~ air; ~ elektrik;~ muatan kapal dokumen yg dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan (bkn barang yg dihantar kpd pengirim, sbg kontrak antara kedua-dua pihak dan sbg dokumen hak milik penama barang tersebut); ~ perbendaharaan (Eko) bon jangka pendek yg dikeluarkan oleh kerajaan utk meminjam drpd bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pd masa tertentu; mengebil menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kpd atau utk: pihak syarikat akan ~ anda kemudian; mengebilkan menyediakan (membuat) bil utk barangan yg dijual atau perkhidmatan yg diberikan: sistem ini membolehkan pelanggan mencatat semua panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada panggilan dibilkan dgn betul atau sebaliknya; pengebilan perihal (perbuatan, proses dsb) mengebil atau mengebilkan: pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu; apa yg dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dlm ~ kpd pengguna komersial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bil] | بيل

Definisi : surat keterangan ttg harga barang atau perkhidmatan yg diterima. mengebil menghantar (menyediakan, mengeluarkan) bil kpd atau utk seseorang: Pihak syarikat akan ~ anda kemudian. mengebilkan memasukkan harga barang atau perkhidmatan yg diterima ke dlm bil: Kos bagi perkhidmatan yg diberikan itu dibilkan kpd bendahari. pengebilan perbuatan (proses dsb) mengebil atau mengebilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
merchant bankbank saudagarEkonomiTiadaBank yang fungsi utamanya mengendalikan pembiayaan urus niaga antara saudagar atau syarikat, terutamanya urus niaga antarabangsa. Kegiatan utamanya adalah menerima dan menjelaskan bil-bil pertukaran. Bank saudagar tidak menerima deposit akaun semasa daripada orang ramai.
trade billbil perdaganganEkonomiTiadaBil pertukaran yang digunakan dalam proses jual beli barang yang mempunyai tempoh matang yang pendek. Bil ini penting dalam perdagangan antarabangsa.
bank billbil bankEkonomiTiadaBil pertukaran yang dikeluarkan oleh sesuatu bank yang mengandungi arahan kepada bank lain untuk membuat pembayaran kepada penerima. Sinonim penerimaan bank.
banker's discountdiskaun jurubankEkonomiTiadaPerbezaan antara nilai muka bil pertukaran atau nota janji, yang dibeli oleh bank daripada pelanggannya dengan jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pelanggan bank tersebut. Perbezaan ini merupakan diskaun yang dipotong oleh bank dan faedah yang dikenakan terhadap tempoh masa pemegangan bil pertukaran atau nota janji sebelum bil itu boleh dibayar, dan dicampurkan pula dengan caj yang dikenakan terhadap darjah risiko yang terlibat.
self-liquidatingcair sendiriEkonomiTiadaPinjaman pelaburan atau bil pertukaran yang mempunyai risiko yang rendah, dan yang berkeupayaan untuk menyelesaikan bayaran pinjaman daripada hasil yang diperoleh daripada pelaburan atau penjualan bil pertukaran tersebut.
self-liquidatingcair sendiriEkonomiTiadaPinjaman pelaburan atau bil pertukaran yang mempunyai risiko yang rendah, dan yang berkeupayaan untuk menyelesaikan bayaran pinjaman daripada hasil yang diperoleh daripada pelaburan atau penjualan bil pertukaran tersebut.
treasury billbil perbendaharaanEkonomiTiadaBon jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meminjam daripada bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa tertentu. Kegiatan bank pusat menjual dan membeli bon ini dalam pasaran terbuka mempengaruhi stok wang edaran. Lihat juga operasi pasaran terbuka.
bill of exchangebil pertukaranEkonomiTiadaDokumen yang boleh diniagakan yang mengandungi arahan kepada pihak ketiga, seperti bank, untuk membayar sejumlah wang pada suatu tarikh yang ditetapkan atau atas permintaan.
no show billingbil ketakhadiranPelanconganTiadaBayaran yang dikenakan caj apabila pelanggan tidak tiba pada waktu atau tarikh yang ditetapkan atau gagal untuk membatalkan tempahan.
bill of exchangebil pertukaranPentadbiranTiadaArahan bertulis yang dikeluarkan oleh penyuruh bayar kepada pesuruh bayar untuk menjelaskan sejumlah wang kepada orang yang namanya dinyatakan dalam arahan bertulis tersebut dengan serta-merta atau dalam sesuau tempoh tertentu.
123

Kembali ke atas