vocational rehabilitation | pemulihan vokasional | Perubatan | Psikiatri | Proses bimbingan melalui penilaian, nasihat dan rawatan untuk membantu seseorang yang mempunyai masalah kesihatan agar kekal, kembali dan terus bekerja. |
navigation | navigasi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Panduan dan bimbingan yang disediakan kepada pelajar dalam menelusuri sesuatu kursus pembelajaran dalam talian agar dapat melalui pengalaman e-pembelajaran dengan selesa dan berkesan, walaupun mempunyai kemahiran komputer yang minimum. Contoh alat navigasi ialah mula, kembali ke menu, main semula, simpan, tanda buku dan lain-lain, yang bertujuan untuk mengelak kekeliruan dalam mengikuti proses pembelajaran secara bersendirian. |
e-coaching | e-jurulatih | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah bimbingan atau tunjuk ajar penguasaan sesuatu kemahiran dalam persekitaran e-pembelajaran. |
Muslim chaplaincy /Islamic chaplaincy | pembimbingan rohani Islam | Agama Islam | Tiada | Bimbingan dari aspek nasihat dan penjagaan rohani oleh individu profesional yang bertauliah kepada mereka yang memerlukan. |
course map | peta kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Garis panduan visual yang menunjukkan struktur susunan penyampaian dan peraturan sesuatu kursus. Peta kursus ini memudahkan kefahaman pelajar serta memberikan bimbingan mengenai arah tuju sesuatu kursus pembelajaran dengan jelas. |
Council for International Organization of Medical Science (CIOMS) | Majlis Organisasi Antarabangsa Sains Perubatan (CIOMS) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Organisasi yang ditubuhkan oleh WHO dan UNESCO untuk memajukan kesihatan awam melalui bimbingan penyelidikan yang berkaitan dengan kesihatan termasuk etika, pembangunan dan keselamatan produk perubatan. Menurut Garis Panduan untuk Permohonan Lesen Import Ujian Klinikal dan Pengecualian Ujian Klinikal Di Malaysia, kesan mudarat produk herba hendaklah dilaporkan dengan menggunakan borang CIOMS. |
help-seeking behaviour | tingkah laku cari bantuan | Psikologi | Tiada | Sebarang tindakan mencari bantuan daripada perkhidmatan penjagaan kesihatan atau daripada individu yang dipercayai dalam kalangan masyarakat yang melibatkan bantuan dari segi pemahaman, bimbingan, rawatan dan sokongan umum ketika berhadapan dengan masalah tertentu atau berada dalam keadaan yang tertekan. |
tutelage regime | rejim asuhan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang baru dibentuk dan masih dalam keadaan tidak mantap. Pembinaan institusi politik pemerintahan ini masih berada dalam peringkat percubaan. Pemerintahan ini juga memerlukan bimbingan dan sokongan daripada pihak luar atau negara lain. Rakyat masih belum memahami sepenuhnya akan perjalanan pemerintahan dan kedudukan kerajaannya masih rapuh. Kebanyakan negara sedang membangun yang baru merdeka pada dekad 1940-an dan 1950-an berada dalam kategori ini. Contoh negara rejim asuhan kini ialah Timor Leste. |
autonomous learning | pembelajaran berautonomi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang memerihalkan pelajar menentukan sendiri bidang yang hendak dipelajari dengan memilih aktiviti yang berkaitan secara kendiri dan menyelesaikan masalah atau mengembangkan idea-idea baharu dengan bimbingan luaran yang minimum. Pembelajaran berautonomi membolehkan pelajar memperibadikan agenda pembelajarannya berdasarkan kekuatan akademik dan minatnya, dan memantau sendiri pencapaiannya. E-pembelajaran mempermudah pembelajaran berautonomi. |