Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bit] | بيمبيت

Definisi : ; membimbit 1. membimbing: aku kurang mengerti bagaimana engkau orang Timur telah berani membimbit-bimbit dan mengepit-ngepit tangan aku; 2. menjinjing: Ali ~ bakul utk ke pasar; bimbitan sesuatu yg dibimbit; pembimbit orang yg membimbit sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bit] | بيمبيت

Definisi : ; membimbit membawa sesuatu dgn jari; menjinjing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nomophobiafobia tanpa telefon bimbit / nomofobiaPsikologiTiadaPerasaan takut, gelisah atau kalut yang berlaku pada seseorang tanpa telefon bimbit yang boleh membawa kesan dalam kehidupan harian mereka.
burner phonetelefon guna hapusKomunikasiTiadaTelefon bimbit yang menggunakan kad telefon prabayar tanpa kontrak rasmi dengan penyedia komunikasi. Telefon guna hapus biasanya akan dilupuskan selepas digunakan.
e-wastee-buangan/e-sisaAlam SekitarTiadaBuangan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa secara berjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar.
virtual health advisorypenasihat kesihatan mayaKesihatan AwamTiadaPerkhidmatan berbentuk nasihat kesihatan (bukan diagnosis atau rawatan pesakit) yang ditawarkan oleh pakar kesihatan keluarga atau pegawai perubatan melalui portal dengan menggunakan telefon bimbit, tablet, komputer riba dan komputer peribadi.
mobile deviceperanti mudah alihTeknologi Maklumate-PembelajaranAlat perkomputeran kecil yang mudah dipegang dan dibawa. Alat ini biasanya mempunyai skrin sesentuh pipih dan mampu dihubungkan ke Internet melalui Wi-Fi, Bluetooth atau rangkaian selular dengan bekalan tenaga bateri boleh cas semula litium. Contohnya, telefon bimbit, tablet dan peranti navigasi GPS.
organic light -emitting diode (OLED)diod pemancar cahaya organik (OLED)FizikNanoteknologiBahan lapisan pemancar diperbuat daripada filem tipis sebatian organik. Bahan pemancar organik ini terdiri daripada molekul kecil atau polimer. OLED mempunyai kelebihan dari segi sifat mudah lentur dan digunakan dalam sistem paparan elektronik seperti telefon bimbit.

Kembali ke atas