Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na] | بينا

Definisi : bangunan: aku jumpa dia di atas ~ stesen; tapak ~ tapak bangunan; seni ~ a) seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan; b) gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pd zaman atau di tempat tertentu: seni ~ Islam; membina 1. membuat sehingga terdiri sesuatu (spt rumah, bangunan, jalan raya, dll), membangunkan, mendirikan: kerajaan ~ rumah murah utk golongan yg berpendapatan rendah; 2. membantu dlm proses menjadi besar: makanan yg ~ badan; 3. mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan: ~ negara; 4. mewujudkan, membentuk: ~ satu masyarakat baru; ~ sikap baru; ~ rumah tangga yg bahagia; 5. mengembangkan: ~ plot cerita; 6. memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (spt bahasa dll): ~ bahasa Melayu; 7. mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dsb) sesuatu: teguran yg ~;terbina 1. dibina, terbangun, terdiri: bangunan-bangunan tinggi yg ~ di bandar raya Kuala Lumpur; 2. terbentuk drpd beberapa unsur (bahan dll): bumi yg ~ drpd batu-batan dan logam yg keras; 3. ki (sudah) wujud: memupuk kasih sayang sehingga ~ istana cinta; binaan 1. benda yg dibina, bangunan, susunan; ~ jantung susunan (bentuk) jantung; 2. pembentukan; ~ nitrat pembentukan nitrat oleh kuman, penitratan; ~ tulang pembentukan tulang; pembinaan 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dsb) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dsb): zat-zat yg membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; pembina orang (syarikat dll) yg membina (mendirikan, membangunkan, dsb) sesuatu: ~ bangunan; ~ negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.na] | بينا

Definisi : ; membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neo-rationalismneo-rationalismeSeni BinaTiadaPemikiran seni bina dan historisisme mengutamakan kepentingan sosial dan budaya struktur bandar sedia ada - menolak aspek Modenisme dan menggunakan aspek gaya sejarah.
biophilic designreka bentuk biofilikSeni BinaTiadaKonsep yang digunakan dalam industri bangunan untuk mengintegrasikan alam semula jadi ke dalam seni bina bangunan sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan, jiwa dan ekosistem keseluruhan.
Art NouveauArt NouveauKesenianHiasan DalamanGaya seni hiasan, seni bina dan reka bentuk dekoratif terkemuka yang berkembang di negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat antara tahun 1890 dan 1910. Gaya ini mengetengahkan reka bentuk atau idea pereka, yang menggabungkan unsur seni bina dan reka bentuk perabot bagi menjadikan seni sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Art Nouveau juga bertujuan memodenkan reka bentuk dengan menampilkan kelainan tersendiri.
security architectureseni bina keselamatanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerincian lengkap tentang semua komponen dan ciri sistem yang berkaitan dengan keselamatan dan juga prinsip yang digunakan semasa pembangunan dan reka bentuk mekanisme keselamatan dalam sistem berkenaan. Perincian ini menerangkan cara fungsi keselamatan dibina pada sistem tersebut untuk memenuhi keperluan keselamatan.
landscape architectureseni bina landskapPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBidang ilmu yang mengkhusus tentang reka bentuk rupa bumi dan persekitarannya.
building sitetapak binaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaLot untuk pembinaan sesuatu bangunan.
reproduction costkos bina semulaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
practical completionsiap binaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
building sitetapak binaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
building sitetapak binaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123456

Kembali ke atas