Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.an] | بيناءن

Definisi : 1. benda yg dibina, bangunan, susunan; ~ jantung susunan (bentuk) jantung; 2. pembentukan; ~ nitrat pembentukan nitrat oleh kuman, penitratan; ~ tulang pembentukan tulang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.na.an] | بيناءن

Definisi : sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
built-up area(1) kawasan binaan (2) keluasan binaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiada(1) Kawasan yang dipenuhi dengan binaan bangunan. (2) lihat: plinth area
flood-control worksbinaan kawalan-banjirHidrologiTiadaPermatang, tebing atau binaan lain di sepanjang sungai yang direka bentuk untuk mengehadkan banjir kepada suatu alur tertentu atau waduk kawalan banjir atau menghalakannya di sepanjang laluan banjir yang dirancang. (GHM)
formbentukKesusasteraanPuisiBinaan luaran yang boleh dilihat atau dikenal dengan luas dan mudah pada sesebuah puisi. Binaan tersebut ialah jumlah baris dalam satu bait atau rangkap, jumlah perkataan dan suku kata dalam baris dan susunan bunyi di hujung baris-barisnya.
flightlarian tanggaKesenianHiasan DalamanStruktur binaan berbentuk deretan tangga secara menegak, melengkung atau bulat. Binaan ini membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar.
acroterionakroterionKesenianHiasan DalamanBentuk binaan asas yang rata, digunakan sebagai tapak arca patung atau alas tiang. Binaan asas ini biasanya diletakkan pada bahagian puncak atau bucu bangunan seperti gaya zaman klasik.
pillarpillarKesenianHiasan DalamanStruktur menegak binaan bebas yang berdiri. Biasanya terdapat dalam pelbagai bentuk untuk binaan yang digunakan sebagai penyokong hiasan. Pilar terdapat dalam pelbagai bentuk asas atau pelapik, kecuali bentuk bulat.
storage facilitykemudahan penstoranTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBinaan untuk menyimpan bahan radioaktif semasa tidak dikendalikan. Binaan tersebut bukan untuk tujuan pelupusan.
aediculeaedikulKesenianHiasan DalamanStruktur binaan di tempat suci, seperti kuil, yang mengandungi dua tiang, yang digunakan sebagai tempat penyembahan. Pada zaman klasik, struktur binaan ini merujuk kepada bentuk bingkai yang dihasilkan oleh tiang bukaan pintu atau tingkap.
built-interbina dalamKesenianHiasan DalamanPerabot, seperti tempat letak buku, kabinet atau tempat duduk yang dipasang lekap tetap. Binaan perabot ini bergantung kepada saiz bukaan yang sedia ada pada tapak atau ruang binaan.
marine gabiongabion marinSains MarinTiadaSangkar dawai yang berbentuk segi empat atau silinder yang dipenuhi dengan batu konkrit atau pasir bagi menghalang hakisan. Bentuk binaan ini sangat kukuh berbanding dengan binaan daripada konkrit konvensional kerana sukar dihanyutkan oleh arus yang kuat.
1234567

Kembali ke atas