mullion | bingkai tegak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bingkai yang dipasang secara menegak pada sesuatu struktur, contohnya pada tingkap. |
half-eyes frame | bingkai separa mata | Sains Kesihatan | Tiada | Sejenis bingkai kaca mata bersaiz kecil yang digunakan untuk pembetulan rabun dekat. |
case door | bingkai pintu | Kesenian | Hiasan Dalaman | Struktur yang terdiri daripada jenang dan kepala pintu yang dipaku bagi menampung kedua-dua daun pintu supaya mudah tertutup, yang sedatar dengan permukaan dinding. Pada dinding yang nipis atau pada sesekat, ketebalan bingkai pintu sama dengan ketebalan dinding atau sesekat. |
moulding | bingkai | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kerangka yang diperbuat daripada logam bersadur plastik atau getah untuk menghias, menutup bahagian yang renggang, dan mengelakkan kebocoran. |
galloon | anyaman bingkai bucu | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kain hiasan yang berjalur sempit, diperbuat daripada sutera atau kain renda yang digunakan sebagai anyaman bersulam untuk perhiasan pada alat perabot rumah, tekstil, langsir, serta pakaian seragam tentera dan polis. |
rim | rim | Sukan | Lumba Basikal | Bingkai aloi atau logam lain,tempat memasang tayar basikal. |
gimp | pita hias | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bingkai hiasan daripada pita tenun tirus (pita brid) yang digunakan pada kemasan perabot upholsteri bagi menyembunyikan barisan paku kecil pada perabot. Pita ini juga dijadikan sebagai satu unsur hiasan. |
fringe | pita rumbai | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bingkai hiasan daripada benang kasar yang digunakan untuk menjahit baju atau tali pintal yang tergantung bagi menutup bahagian bawah perabot. Contohnya, katil dan sofa. |
braid | pita tenun tirus | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bingkai hiasan yang digunakan sebagai trimin kun atau renda dan sulaman. Biasanya, pita ini dibentuk dengan cara kemili (memilin tali kembar empat). |
baguette | baguette | Kesenian | Hiasan Dalaman | Satu daripada unsur bingkai yang dibuat dalam bentuk manik berukir separuh bulat menyerupai astragal. Baguette juga dikenali sebagai bagnette. |