Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.ki.mia] | بيوکيميا

Definisi : sains yg melibatkan kajian tentang proses-proses kimia yg berlaku pd benda-benda hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.ki.mia] | بيوکيميا

Definisi : ist 1 ilmu bkn sebatian kimia dlm organisma, tindak balas dsb yg berlaku dlm organisma (hidup). 2 bkn atau mengenai biokimia 1: proses ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biokimia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
immunoassayimunoasaiPerikananAkuakulturUjian biokimia untuk mengesan kehadiran dan mengukur kepekatan antigen atau antibodi tertentu dalam darah atau tisu ikan. Contoh imunoasai ialah asai imunoserap terangkai enzim (ELISA) dan penghibridan in situ (ISH).
cross-linksrangkaian silangSains SukanBiomekanikIkatan biokimia yang mengikat molekul kolagen dengan tisu penyambung.
photosynthesisfotosintesisTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses biokimia yang berlaku pada tumbuh-tumbuhan dan organisma lain yang mengandungi klorofil untuk mensintesis sebatian organik daripada karbon dioksida, air dan cahaya.
nanocomputernanokomputerFizikNanoteknologiKomputer dengan litar bersaiz nano yang berasaskan sistem elektronik, biokimia atau kuantum. Nanokomputer berupaya memproses data dengan lebih laju, di samping memiliki ingatan yang lebih besar berbanding mikrokomputer.
metabolic networkrangkaian metabolikBioinformatikBioinformatik MolekulSet lengkap proses metabolik dan fizikal yang mencirikan sifat biokimia dan fisiologi sel. Rangkaian metabolik merangkumi tindak balas kimia metabolisme, tapak jalan metabolik serta interaksi pengawalaturan yang mengawal kesemua tindak balas.
cancer treatmentrawatan kanserFizikNanoteknologiTeknik rawatan yang menggunakan nanoteknologi yang sedang dibangunkan oleh ahli genetik, ahli biokimia dan lain-lain. Dalam teknik ini, tisu tumor kanser menjadi sasaran. Nanoubat akan memusnahkan tisu ini tanpa melibatkan tisu yang sihat.
unconventional warperang bukan konvensionalSains PolitikPolitik PerbandinganPeperangan yang melibatkan penggunaan tentera konvensional dan banyak menggunakan senjata pemusnah biokimia, nuklear, senjata satelit dan peperangan digital. Peperangan ini dikatakan meletus secara luar biasa iaitu tidak seperti perang konvensional. Peperangan konvensional lazimnya merujuk kepada peperangan yang melibatkan penggunaan ketenteraan seperti serangan artileri, serangan udara dan laut.
gene familyfamili genBioinformatikBioinformatik MolekulSekumpulan gen yang sama, yang terhasil daripada proses penduaan daripada satu gen asal, dan mempunyai fungsi biokimia yang sama. Contohnya, famili gen dalam subunit hemoglobin manusia, yang terdiri daripada 10 gen di dalam dua kluster pada dua kromosom yang berbeza, yang dikenali sebagai lokus α-globin dan β-globin.
tissue engineeringkejuruteraan tisuFizikNanoteknologiTeknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan.
adenosineadenosinaFizikNanoteknologiNukleosida yang terdiri daripada adenina dan D-ribosa. Adenosina ialah bahan kimia yang digunakan dalam bidang perubatan dan memainkan peranan penting dalam proses biokimia seperti pemindahan tenaga dalam adenosina trifosfat (ATP) dan adenosina difosfat (ADP). Bahan ini menjadi model untuk pembuatan bionanosensor pada masa hadapan.
12

Kembali ke atas