bioremediation | biopemulihan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah untuk membaik pulih persekitaran yang telah tercemar dengan menggunakan biota dan/atau mikrobiota melalui penyahtoksikan, penjerapan, pemerosotan atau biotransformasi. Contohnya, pemulihan alam sekitar yang menggunakan mikroorganisma untuk mengurangkan pencemaran tumpahan minyak atau baki pestisid di dalam tanah atau air. |
hazardous air pollutant | bahan cemar udara berbahaya | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bendasing toksik yang wujud dalam atmosfera yang menjejaskan kesihatan biota akibat aktiviti manusia atau terjadi secara semula jadi. Contohnya, sebatian organik mudah meruap dan dioksin. |
environmental fate model | model penentuan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Ilustrasi sistem yang menggambarkan proses pergerakan dan perubahan bahan kimia dalam alam sekitar serta pendedahan dan pengambilannya oleh biota. |