Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.rai] | بيراي

Definisi : 1. selusur (pagar pd titi dll), langkan: ~ masjid; 2. tepi, bingkai: ~ kain; 3. tepi muka surat yg tidak bercetak (bertulis); ~ hias a) (S.Bina) corak atau hiasan timbul pd pertemuan antara dinding dgn siling, biasanya dibuat drpd plaster paris, kornis; b) ukiran hiasan pd tepi perabot, tingkap dsb; c) hiasan pd birai buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.rai] | بيراي

Definisi : 1 semacam pagar yg dipasang di tepi jambatan; langkan; selusur. 2 bahagian tepi sesuatu benda spt gambar dsb; pemidang: ~ kain. 3 bahagian tepi sesuatu muka surat yg tidak bercap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata birai

Puisi
 

Buang bacang setangkai lebat,
     Jatuh sebiji di birai perigi;
Berapa teguh tali penambat,
     Burung terlepas tak balik lagi.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cornicebirai hiasKesenianHiasan DalamanKumai melintang yang digunakan sebagai penyudah hujung atas dinding atau entablatur. Kumai ini diperbuat daripada kayu, logam, konkrit dan sebagainya.
cornicebirai hiasPenilaian Harta TanahTiadaTiada
cornicekornisKesenianHiasan DalamanBirai hiasan yang terunjur dalam kedudukan melintang, di antara dinding dengan siling, tingkap, pintu atau pada perabot. Kornis juga boleh didapati sebagai hiasan untuk menutup bahagian atas langsir atau bingkai gambar. Kornis diperbuat daripada lepa, kayu, batu bata, marmar atau kepingan gentian lepa.
cornicekornisKesenianHiasan DalamanBirai hiasan yang terunjur dalam kedudukan melintang, di antara dinding dengan siling, tingkap, pintu atau pada perabot. Kornis juga boleh didapati sebagai hiasan untuk menutup bahagian atas langsir atau bingkai gambar. Kornis diperbuat daripada lepa, kayu, batu bata, marmar atau kepingan gentian lepa.
fluteflutKejuruteraanTiada1. Jalur yang berlekuk pada tiang kisi, birai, dsbnya. 2. Alur membujur yang biasa terdapat di atas batang pokok.
saggital depthkedalaman sagitalSains KesihatanTiadaKetinggian segmen kanta yang diukur dari birai bulatannya.
cavetto mouldingkumai cekungKesenianHiasan DalamanKumai suku bulatan yang sering digunakan pada birai hias.
captukup; tutup; kep ; topi (Polo Air)KesenianTiada3. Penutup kepala sama sendat tanpa birai yang dibuat daripada fabrik lembut.
pedimentpedimenKesenianHiasan DalamanTebar layar berbentuk segi tiga rendah menonjol yang sekelilingnya dihiasi dengan birai hias timbul, yang dibina di atas portiko. Struktur yang menyerupai juga terdapat di bahagian atas pintu dan tingkap. Dalam pembinaan perabot pula dijadikan hiasan pada kepala permukaan hadapan almari. Bentuk pedimen corak pecah paling banyak dihasilkan berbanding bentuk lain. Bentuk ini dihasilkan apabila garisan yang menjurus ke atas terputus semasa hampir bertemu bucu puncak.
entablatureentablaturKesenianHiasan DalamanHiasan pada bahagian atas tiang, yang juga berfungsi sebagai penyokong bumbung. Hiasan dari zaman seni bina klasik ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang dikenali sebagai hias jenang, kerawang dan birai hias.

Kembali ke atas